March 18th, 2019

Aktor Zul Ariffin tidak dinafikan digilai ramai wanita diluar sana. Bukan sahaja mempunyai wajah yang kacak serta berbadan sasa, popularitinya juga tiada tandingan dan dilabelkan sebagai pelakon gred A.

Namun, disebalik kejayaan dalam kerjaya, Zul sudah beberapa kali gagal dalam percintaan. Bagaimanapun, ia tidak bermakna beliau berputus asa untuk memiliki keluarga sendiri satu hari nanti, bahkan sudah memasang angan-angan untuk melangsungkan majlis akad nikah di Tanah Suci Makkah atau Madinah.

Saya berangan-angan mahu bernikah di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Saya pernah bertanya kepada beberapa teman mengenai prosedur pernikahan di Makkah atau Madinah. Bagaimanapun, sekadar bertanya untuk membuat persiapan. Jangan bimbang, saya tidak akan kahwin sorok-sorok apabila sudah tiba jodoh.

Saya mahu bernikah di Tanah Suci, tetapi majlis resepsi tetap diadakan di Malaysia selepas pulang. Besar harapan saya dapat membawa bakal isteri dan keluarga menunaikan umrah bersama-sama.

Zul akui beliau tidak mahu lagi terlalu merancang soal jodoh. Kalau boleh,  beliau mahukan gadis biasa sebagai seorang isteri yang dapat menjaga beliau sebaiknya.

Dulu, saya ingat dapat berkahwin dengan seseorang. Buat rancangan macam-macam tetapi tidak menjadi. Kali ini, saya mahu pilih gadis biasa. Saya tidak kisah sama ada bekerjaya atau tidak, asalkan dapat menjaga saya sebaiknya. Saya juga mengharapkan bakal isteri menjaga kerjaya saya, bukan menjahanamkan.

Jodoh setiap orang sudah ditentukan. Sama ada cepat atau lambat sahaja. Pastinya satu hari nanti Zul akan bertemu juga dengan suri hidupnya.

Sumber Berita : BH ONLINE


52 responses to “Mahukan Gadis Biasa, Bakal Isteri Menjaga Kerjaya Saya Bukan Menjahanamkan – Zul Ariffin”

  1. Cat Rin says:

    Zul Arifin ni bukanlh handsome sngat pun…mata dahlah juling.. Bdan terlebih muscle.. Betis pun mcm drumstick ayam je.. Last2 brjmbang.. Muka semak je.. Muka dia ni tak sesuai brjmbng.. Lakonan plak character sma je, gaya lakonan dan cara brckap x berubah. Mcm arron aziz bila brlakon brckp mesti kepala pandai goyang2..

  2. mamy fa. says:

    aamin semoga dipermudahkan…. manusia tk sempurna byk kurangnya tapi boleh berubah slow2

  3. Anonymous says:

    ZUL ,NI TEST DIA MAT SALLEH KUT OR DARAH CAMPURAN,LIKE ZAHARIAH ,SKRG NI DGN MAK MINAH UKARINE,WELL DONE HAVE A GD LIFE BAGUS JUGA ADA JUGA SAUDARA BARU NANTI.TAPI AKU SUKA LAU DIA ADA JODOH DGN ADYA JEBAT

    • Anonymous says:

      Kn dia sgt suka anak mix2..lgi2 anak che ta si ecah tu..dia mmg suka sbb lwa. Dulu ada ZA teruja sgt jumpa ecah..sbb tulh dia mungkin mahu yg mix2. Tpi jodoh itu kerja Tuhan. Tgok sja ketentuan yg Maha Esa.
      Kwen or x..itupun Allah yg aturkn.

  4. isabel basha says:

    sy ibu tunggal .. dpt instant anak comel2 .. ada pengalaman and can take care and be with you till jannah.. ada bran – 0172490654 –

  5. Bahenol says:

    Perogol Diarak Penduduk Tanpa Seurat Benang dan DiTampar Beramai-Ramai. ?
    http://7t53ia89.xyz/16bcx38h4XQl

Loading...