Aktor Zul Ariffin tidak dinafikan digilai ramai wanita diluar sana. Bukan sahaja mempunyai wajah yang kacak serta berbadan sasa, popularitinya juga tiada tandingan dan dilabelkan sebagai pelakon gred A.
Namun, disebalik kejayaan dalam kerjaya, Zul sudah beberapa kali gagal dalam percintaan. Bagaimanapun, ia tidak bermakna beliau berputus asa untuk memiliki keluarga sendiri satu hari nanti, bahkan sudah memasang angan-angan untuk melangsungkan majlis akad nikah di Tanah Suci Makkah atau Madinah.
Saya berangan-angan mahu bernikah di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Saya pernah bertanya kepada beberapa teman mengenai prosedur pernikahan di Makkah atau Madinah. Bagaimanapun, sekadar bertanya untuk membuat persiapan. Jangan bimbang, saya tidak akan kahwin sorok-sorok apabila sudah tiba jodoh.
Saya mahu bernikah di Tanah Suci, tetapi majlis resepsi tetap diadakan di Malaysia selepas pulang. Besar harapan saya dapat membawa bakal isteri dan keluarga menunaikan umrah bersama-sama.
Zul akui beliau tidak mahu lagi terlalu merancang soal jodoh. Kalau boleh, beliau mahukan gadis biasa sebagai seorang isteri yang dapat menjaga beliau sebaiknya.
Dulu, saya ingat dapat berkahwin dengan seseorang. Buat rancangan macam-macam tetapi tidak menjadi. Kali ini, saya mahu pilih gadis biasa. Saya tidak kisah sama ada bekerjaya atau tidak, asalkan dapat menjaga saya sebaiknya. Saya juga mengharapkan bakal isteri menjaga kerjaya saya, bukan menjahanamkan.
Jodoh setiap orang sudah ditentukan. Sama ada cepat atau lambat sahaja. Pastinya satu hari nanti Zul akan bertemu juga dengan suri hidupnya.
ko kena jdi biasa dulu, baru jumpa yg biasa.
hehehe, gdis biasa ada kat giant, tesco, econsave, 99 speedmart, kk mart, perumhan flat, apartment, dan selalu kalau soping letak kereta di bahagian utk wanita berseorgan shj dan kereta nasional.
mesti dpt tau.bukan valet parking ye
mcmne kau nak jmp gadis biasa kalau kau x penah pegi tmpt2 biasa? kau msti lepak tmpt have2 je.. smp kiamat pon ko x jmp gadis biasa.. ngok..
hehehe, gdis biasa ada kat giant, tesco, econsave, 99 speedmart, kk mart, perumhan flat, apartment, dan selalu kalau soping letak kereta di bahagian utk wanita berseorgan shj dan kereta nasional.
mesti dpt tau.bukan valet parking ye
Tu bkn gadis biase tu makcik bwg
gadis biasa tu malaysia ke, ukrine…cer kabor
ku kejar bayangan
akhirnya hampa
ku renung rambulan
tiada cahaya
ku tidur tak lena
mimpi dtg mengoda
apakah dosa ku kekanda
air yg kuminum tak hilang dahaga
hatiku kesal tiada terkira
kau seksa batinku
hingga ku merana
apakah dosa ku kekanda..