Mahukan Foto & Video Berkualiti Tinggi Setanding Neelofa? OPPO Reno2 Series Pilihan Tepat Buat Anda!

Hiburan

Mahukan Foto & Video Berkualiti Tinggi Setanding Neelofa? OPPO Reno2 Series Pilihan Tepat Buat Anda!

Zaman sekarang ini, ramai yang ingin merakamkan kenangan dan mengabadikan momen istimewa dengan menggunakan telefon pintar. Namun, tidak semua mampu mendapatkan hasil yang memuaskan. Agak geram juga apabila berpuluh jenis foto dan video yang diambil tetapi mungkin satu atau dua sahaja yang berkualiti.

Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana model terbaru OPPO Reno2 iaitu telefon pintar berkuasa tinggi dengan 4 kamera utama yang bukan sahaja meningkatkan kualiti foto tetapi rakaman video juga.

Advertisement

OPPO Reno2 Seriesneelofa oppo

Dilengkapi teknologi Ultra Dark Mode dan Ultra Steady Video. Memang cun habis, lepas ini bolehlah muat naik foto dan video gempak berkualiti tinggi. Malah, selebriti popular Neelofa juga mengakui kualiti OPPO Reno2 sangat hebat luar daripada jangkaannya.

Berikut antara ciri-ciri awesome OPPO Reno2. Check it out!

5x Hybrid Zoom

Nak ambil gambar sejauh yang anda mahu? Jangan risau OPPO Reno2 ada 5x hybrid zoom yang akan memudahkan anda merakam objek kegemaran anda tanpa menghampirinya.

OPPO Reno2 SeriesOPPO Reno2 SeriesOPPO Reno2 Series

20x Digital Zoom

Tak cukup dengan 5x hybrid zoom? Anda juga boleh melakukan digital zoom sehingga 20x dengan OPPO Reno2 ini. Jangan risau bab kualiti kerana gambar anda tetap jelas, tepat dan mantap.

OPPO Reno2 SeriesOPPO Reno2 Series

Ultra Steady Video

Suka jogging? Suka berlari? Selalu naik basikal? Atau gemar bercuti main ski? Dengan OPPO Reno2, anda boleh abadikan segala detik-detik istimewa ketika melakukan sebarang aktiviti dalam bentuk video 60 FPS tanpa sebarang gegaran kerana ia dilengkapi dengan Electronic Image Stabilization (EIS) dan Optical Image Stabilization (OIS).

Teknologi ini akan membolehkan video anda dirakam dengan lebih jelas, stabil dan lancar. Pastinya selepas ini, anda akan bertambah asyik merakamkan video kerana kualiti yang dihasilkan memang ‘tip top’.

Bokeh Effect Video

Selain itu, ada ciri yang lebih best iaitu fungsi Bokeh Effect Video yang mengaburkan latarbelakang sebelum anda mengambil video untuk kamera hadapan dan belakang. Barulah gambar yang diambil lebih menonjol.

Tambah menarik, fungsi Background Noise Reduction turut terpasang sekaligus menghalang bunyi bising di latarbelakang dan memudahkan rakaman suara manusia sahaja.

Audio Zoom

Terdapat juga fungsi Audio Zoom yang memperkuatkan bunyi objek apabila anda meng”zoom” objek tersebut. Memang sesuai ketika penggambaran dalam keadaan angin kencang ataupun jalan yang penuh dengan manusia. Hebat kan?

Ultra Dark Mode

oppo reno 2 ultra dark modeoppo reno 2 ultra dark mode

Memudahkan anda mengambil gambar di waktu malam walaupun tanpa cahaya yang secukupnya. Menghasilkan foto yang sangat terang dan jelas. Bahkan setiap butiran atau perincian gambar yang tidak boleh dilihat dengan mata manusia tetap terlihat. Lagi hebat, kamera OPPO Reno2 akan secara automatic mencerahkan gambar yang diambil tanpa penghasilan noise apabila sumber cahaya kurang daripada 5 lux.

oppo reno 2 ultra dark mode

Ultra Macro Mode

oppo reno 2 macro mode

Lensa luas yang terdapat pada OPPO Reno2 ini akan menjadikan gambar ‘close up’ anda lebih cantik dan menarik. Dapat fokus kepada sesuatu objek dengan lebih tepat. Makin cun melecun la gambar anda lepas nie.

Buat anda yang masih keliru untuk mendapatkan sama ada OPPO Reno 2 atau RENO 2F, berikut kami sediakan perbandingan antara kedua telefon pintar ini.

OPPO Reno2 Series

Perbandingan OPPO Reno2 & Oppo

Reno2 F

SpecsOPPO Reno2OPPO Reno2 F
Screen6.5 Full AMOLED Screen

Front: 6th generation Corning Gorilla Glass

Back: 5th generation Corning Gorilla Glass
6.5 Full AMOLED Screen

5th generation Corning Gorilla Glass (front and back)
ColorSunset Pink and Luminous Black Sky White and Lake Green
Rear cameras48MP Main Camera + 13MP (telephoto) + 8MP (wide angle) + 2MP (Mono Lens)

5x Hybrid Zoom

Ultra Dark Mode

Ultra Steady Video
48MP Main Camera + 8MP (wide angle) + 2MP (Mono Lens) + 2MP (Portrait lens)

Ultra Night Mode 2.0
Front camera16MP + Soft front light. AI Beauty Mode16MP + Atmosphere light. AI Beauty Mode
Storage8GB RAM + 128GB Storage and 4000 mAh battery8GB RAM + 128GB Storage and 4000 mAh battery
ChargeVOOC 3.0 Flash ChargeVOOC 3.0 Flash Charge

Untuk maklumat lanjut tentang OPPO Reno2 dan OPPO Reno2 F, ada boleh layari OPPO Online Store dan juga OPPO Concept Store.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...