Mahu Terbitkan Drama Tentang Arwah Anak : Linda Rafar Dituduh Tidak Boleh “Move On”

Hiburan

Mahu Terbitkan Drama Tentang Arwah Anak : Linda Rafar Dituduh Tidak Boleh “Move On”

Mahu menerbitkan sebuah drama bagi mengenangkan arwah anaknya Memen, bekas penyanyi kumpulan Elite, Linda Rafar menerima pelbagai komen yang mempertikaikan keputusannya itu. Mereka menuduh Linda tidak boleh meneruskan hidup dan redha dengan ketentuan takdir buat arwah anaknya itu.

Advertisement

Bukan saya tak boleh ‘move on’ dari kesedihan tetapi mewakili insan yang pernah kehilangan orang tersayang, saya terpanggil untuk berkongsi rasa dan mahu mereka lebih kuat menempuh hari-hari mendatang menerusi drama ini.

Saya berharap selepas ini orang akan tahu tujuan saya menerbitkan drama ini bukan untuk terus meratap pemergian arwah seperti yang diperkatakan, sebaliknya mahu berkongsi bagaimana saya mula mendapat kekuatan menempuh hari-hari tanpa insan tersayang yang pergi secara tiba-tiba.

Mahu seorang pelakon yang mampu menyelami watak anaknya dengan lebih realistik, Linda sendiri akan turun padang dan mengetuai sesi uji bakat untuk memilih pelakon yang mempunyai persamaan dengan arwah anaknya.

Arwah Memen atau nama sebenarnya Rezaiman Keifli menghidap ketumbuhan kronik di dalam perut sebelum meninggal dunia pada 5 Julai 2014.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...