Nampak gayanya Arab Saudi sedang bersiap sedia mahu merubah negara menjadi pusat pelancong berbeza iaitu dengan membenarkan minuman alkohol dan pakaian bikini di bandar megafuturistik baru, Neom.
Bandar futuristik, Neom di pulau Laut Merah Sindalah
Ia merupakan salah satu inisiatif Arab Saudi mahu menarik pelancong secara global melancong ke negara terbabit serta menyokong kehadiran usahawan antarabangsa.
Neom yang terletak di pulau Laut Merah Sindalah akan menjadi pusat peranginan pantai yang dirancang dibuka pada tahun 2023.
Cadangan transformasi secara besar-besaran ini terjadi di bawah pimpinan Putera Mahkhota Mohammed bin Salman (MBS).
Bar wain premium, bar koktel, bar champagne
Antara yang akan ditawarkan oleh pelancong global yang melancong di Neom adalah seperti bar wain preium, bar koktel, bar champagne dan bar pencuci mulut.
Bukan itu saja malah, mereka turut menggambarkan pusat peranginan tersebut dengan adegan wanita berbikini dan lelaki tidak berbaju kerana sasarannya untuk menjadi destinasi ultra-mewah di mana mampu menarik perhatian negara luar.
Namun begitu, wakil Neom atau kerajaan Saudi masih belum mengesahkannya secara rasmi tentang perubahan ini.