Mahu Tampil Macam Patung Barbie, DS Vida Kena ‘Sekolah’ Dengan Cik B

Hiburan

Mahu Tampil Macam Patung Barbie, DS Vida Kena ‘Sekolah’ Dengan Cik B

Pengusaha kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai DS Vida sekali lagi mencuri tumpuan warga maya apabila dia meluahkan hasrat untuk kelihatan seperti patung Barbie dan ingin membuat pembedahan plastik bagi menunaikan hasratnya itu.

Perkara tersebut dikongsikan anak kepada DS Vida iaitu Cik B menerusi sebuah hantaran video di Instagram.

Advertisement

“Mama suka barbie doll, mama nak muka macam ni cantik. Mama nak buat plastic surgery..” ujar DS Vida berseloroh.

Namun, harapan dan cita-cita DS Vida nampaknya terhalang apabila anak perempuannya itu tampil menasihati jutawan usahawanita kosmetik itu.

Pesan Cik B kepada ibunya, pembedahan plastik adalah haram dan berdosa besar.

“Tak boleh la tak cantik, Cik B dah la tak suka barbie doll, lagipun dosa kan..” nasihat Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat serta pengikut media sosial ibu dan anak ini memuji cara Cik B menegur ibunya secara bersahaja.

Ada juga yang menyifatkan Cik B sebagai seorang anak yang matang dan pandai menjaga ibunya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...