Mahu Siasat Dan Bongkar Kes 1MDB : Ketua SPRM Dedah Pernah Diintip Dan Hampir Mati

Trending

Mahu Siasat Dan Bongkar Kes 1MDB : Ketua SPRM Dedah Pernah Diintip Dan Hampir Mati

Skandal penyelewengan wang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dinafikan antara isu yang mendapat perhatian dunia. Bukan sahaja nilai wang yang “dirompak” itu besar jumlahnya tetapi sesiapa yang terlibat ataupun mengetahui mengenai salah laku itu menerima pelbagai dugaan ataupun ancaman jika mereka berani membawa perkara itu ke muka pengadilan.

Advertisement

Itulah juga yang dihadapi oleh  Ketua SPRM yang baru iaitu Datuk Seri Mohd Shukri Abdull. Sebelum ini beliau menerima pelbagai ugutan termasuk akan dipecat, dipaksa untuk bersara dengan lebih awal dan hampir mati gara-gara menjalankan siasatan dan mahu membongkar segala skandal 1MDB.

Datuk Shukri, menerima tekanan yang agak hebat daripada pihak Datuk Seri Najib Razak termasuk dikatakan sebagai pembelot negara dan ingin menggulingkan kerajaan Barisan Nasional , beliau akhirnya melarikan diri ke Washington, Amerika Syarikat demi menjaga keselamatan diri serta keluarganya. Namun, masih ada agen yang dihantar untuk mengintip setiap gerak – gerinya.

Dalam perjalan ke sana, saya sengaja timbulkan cerita bahawa saya akan pergi ke Jeddah. Dan ketika itulah pihak berkuasa Malaysia menghantar ‘red alarm’ ke Jeddah suruh tangkap saya.

Tiba di Washington, saya berasa tidak selamat kerana ada orang mengekori saya. Kemudian saya lari ke New York menaiki keretapi dan bertemu dengan kawan di NYPD. Mereka memberi perlindungan selama seminggu bersama tiga orang ‘bodyguard’.

Selepas rasa selamat saya balik ke Washington dan melihat berita pegawai-pegawai saya ditangkap dan ditukar. Pada masa itu saya menangis seperti budak kecil di depan ‘Mat Saleh’. Saya sayangkan SPRM dan rasa bersalah sebab anak buah kena tangkap tetapi saya lari ke AS.

Shukri turut mengakui ketika kes siasatan 1MDB dijalankan, hanya 3 menteri sahaja yang mempercayai dan berani bersuara mengenai isu tersebut iaitu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhiyidin Yassin, Datuk Seri Shapie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Berita Harian

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...