Niatnya mahu menyebarkan kesedaran tentang apa yang sedang berlaku di bumi Palestin namun hantaran pelakon dan hos Mira Filzah dikritik pula.
Terdahulu, Mira telah berkongsi foto yang memaparkan ayat berkenaan Palestin bersama dengan beberapa gambar penderitaan rakyat negara itu.
Nak sebar kesedaran tapi…
Bagaimanapun, hantaran aktres berusia 31 tahun itu mendapat perhatian selepas Mira tanpa sengaja memuat naik tanpa memerhatikan dengan lebih teliti.
Hantaran berkenaan memaparkan tulisan Palestin namun bendera yang diletakkan pada foto itu bukanlah bendera Palestin sebaliknya negara Sudan.
Kamu tidak boleh lawan negara yang yakin bahawa kematian itu bukanlah pengakhiran.
Bendera pun salah…
Sudah tentu Mira tidak terlepas daripada menerima komen teguran dan kritikan daripada warganet selepas aktres itu memuat naik foto bendera yang salah.
Warganet mengkritiknya seperti tidak cakna atau tidak betul-betul membuat pemeriksaan dengan teliti sebelum memuat naik hantaran itu.
Bendera pun salah adehhh.
Antara komen netizen,