Peguam yang mewakili keluarga pelajar Tingkatan 1, Allahyarham Zara Qairina Mahathir menetapkan empat perkara dipohon kepada Jabatan Peguam Negara.
Menerusi kenyataan bersama, Shahlan Jufri Rizwandean M Borhan dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi menyatakan apa yang diphon itu seiring dengan kenyataan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) semalam.
PDRM semalam memaklumkan tentang pengambilalihan siasatan kematian Allahyarhamah Zara Qairina oleh Pasukan Task Force dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Tetapkan 4 perkara
Difahamkan, kenyataan sama tentang kesemua perkara berkenaan terkandung di dalam surat yang bertarikh 5 Ogos 2025 itu.
Salah satu permohonan adalah kertas siasatan dikembalikan kepada pihak PDRM dan siasatan dibuka semula.
“Kedua, proses siasatan dilakukan oleh pegawai penyiasat berpengalaman dari Bukit Aman. Kubur Zara digali semula agar satu bedah siasat dilakukan bagi menentukan punca sebenar kematian.”
Selain daripada itu, satu inkues juga diadakan untuk menentukan sama ada wujudnya unsur jenayah dalam kematian pelajar berusia 13 tahun tersebut.
Dalam pada itu, pihak peguam berharap perkembangan positif ini dapat merungkai isu kematian Zara dan seterusnya membuktikan bahawa wujud unsur jenayah yang telah menyebabkan kematiannya.