Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Mahu Rambut Panjang Ketika Kahwin, Janna Nick Dah Bagi ‘Hint’ Nak Jadi Isteri?

Janna Nick

Pelakon dan juga personaliti TV, Janna Nick baru-baru ini ada meluahkan hasrat untuk menyimpan rambut panjang ikal mayang sebagai penampilan barunya ketika di hari bahagia kelak.

Dia yang sering tampil dengan rambut pendek ala-ala lelaki itu menjawab persoalan mengenai mahkota wanita itu yang difahamkan disimpan Janna sempena hari perkahwinannya nanti.

Advertisement
Janna NickSumber : Instagram Janna Nick  

Janna yang sudah biasa berambut pendek dengan gaya bersahaja ketika berlakon seolah-olah memberi ‘hint’ untuk mendandan rambut ala-ala kepuk pada hari bahagia supaya lebih cantik, anggun dan sempurna.

Meskipun majlis yang ditunggu-tunggu peminat itu belum pasti tarikhnya, namun sememangnya sudah lumrah bagi setiap wanita untuk tampil cantik sebagai raja sehari.

View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner kini sedang hangat dilamun cinta bersama pelakon kacak, Dini Azan Schatzmann sering menjadi perhatian kerana selalu mempamerkan kemesraan sebagai pasangan kekasih di media sosial terutamanya.

Advertisement

Tak sabar nak lihat Janna berambut kepuk-kepuk di hari bahagianya nanti. Mesti cantik kan?

BACA: Terlihat Susut Dalam Gambar Baru, Netizen Risau Kondisi Kesihatan Janna Nick

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top