Mahu Puaskan Hati Kekasih Mengidam Siakap Tiga Rasa, Remaja Terjerat Hutang Ah Long RM13,000 – “Jumpa Iklan Di TikTok”

Gaya Hidup

Mahu Puaskan Hati Kekasih Mengidam Siakap Tiga Rasa, Remaja Terjerat Hutang Ah Long RM13,000 – “Jumpa Iklan Di TikTok”

Kerana mahu memuaskan hati kekasih hatinya, seorang remaja hanya turutkan sahaja keinginan namun kini dia terjerat dengan hutang dari pinjaman sindiket Ah Long sebanyak RM13,000.

Menerusi laporan, remaja itu berhutang dengan sindiket haram selepas kekasihnya itu mengidam untuk makan ikan siakap tiga rasa.

Advertisement

Pengurus Pusat Pengajian Al-Quran dan Fardu Ain, Fariz Izhar Adrus berkata, itu adalah antara kes yang dilaporkan kepada Operasi Darul Muttaqim (DM), organisasi yang ditubuhkan pada 2022 untuk membantu mereka yang berumur 15 tahun ke atas yang menghadapi masalah akibat meminjam dan penipuan pinjaman wang tidak berlesen.

Katanya, remaja dari Selangor itu berhutang wang kepada 12 peminjam tidak berlesen.

Remaja itu terjumpa iklan di TikTok untuk pinjaman Ah Long selepas teman wanitanya mengidam ikan siakap. Mungkin dia terlalu malu (meminjam wang daripada ibu bapanya), dan akhirnya, dia meminjam daripada Ah Long. Ibu bapa remaja itu adalah penjawat awam namun dia kini tinggal bersama bapa saudaranya kerana tidak mahu bersekolah lagi.

Fariz Izhar Adrus

 

Banyak kes diterima

Difahamkan, kes remaja itu adalah antara lebih 3,700 kes membabitkan individu berusia 15 hingga 60 tahun yang menghadapi masalah dengan pinjaman tidak berlesen dan hutang yang kami bantu selesaikan sejak tiga tahun lalu.

Menurut Fariz lagi, pihak DM juga turut menerima kes di mana terdapat wanita yang terjerat seperti dipaksa bersetuju menyerahkan bayi yang baru lahir mereka sebagai syarat untuk membayar faedah atau menyelesaikan hutang yang terhutang kepada peminjam wang haram.

Laporan itu mendedahkan ramai wanita dalam kes ini mengambil pinjaman dengan alasan mahu membantu suami membayar komitmen bulanan keluarga seperti membayar bil, menyelesaikan hutang perniagaan, dan membeli groceries.

duit tunai

Selain itu, ada juga kes di mana mereka yang meminjam wang daripada peminjam hanya untuk kutu (penipuan skim simpanan) untuk membeli dadah atau berjudi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

buat loan bank tolong kawan bayar hutang ah long
4 months ago

Bantu Sahabat Langsai Hutang Ah Long, Lelaki Buat ‘Personal Loan’ RM60,000 Tapi Kawan Buat ‘Dek’ Tak Bayar Semula

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : NST

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...