Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman perjelaskan jawatannya sebagai Profesor Adjung di Fakulti Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) kerana hanya mahu menyahut cabaran menggalas tanggungjawab yang diberikan untuknya.
Hanya mahu menyahut cabaran
Jelas Rizalman, tidak pernah terlintas dirinya mahu mengambil tugas ulama dan cendekiawan Islam apatah lagi mendabik dada bicarakan tentang agama Islam.
Tugas kami hanya menyahut cabaran mengisi kekosongan material ilmu agama. Dalam pada masa yang sama memenuhi keperluan di gelanggang ilmu agama.
Mahu ajak umat Islam cari saham akhirat
Tambahannya lagi, Rizalman yang kini berusaha bersama Yayasan Ri mahu mengajak seluruh umat Islam dan pengikutnya di media sosial untuk bersama-sama mencari saham akhirat.
Difahamkan, antara kerja-kerja dakwah yang dilakukan oleh Yayasan Ri adalah seperti menerbitkan Kutub Sittah edisi bahasa Melayu dengan kerjasama dengan Jabatan Al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Untuk info ramai, Yayasan Ri turut telah menyalurkan sebanyak RM2.25 juta untuk penerbitan terjemahan merangkumi enam kitab sahih utama.