Hampir setiap tahun nama Sharnaaz Ahmad tercalon didalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tetapi beliau masih belum ada rezeki untuk menang.
Tahun ini beliau tercalon dalam tiga kategori iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon TV Lelaki Popular dan Artis Trending Popular.
Mengharapkan untuk membawa pulang salah satu trofi atau lebih pada tahun ini, Sharnaaz akan berusaha dengan lebih keras untuk mencapai hasratnya itu.
Kali ini Sharnaaz akan turun padang dan berganding bahu bersama kelab peminatnya untuk mengundi sebanyak mungkin.
Hampir setiap tahun nama saya dicalonkan dalam ABPBH, tetapi belum pernah menang. Memandangkan pada tahun ini saya mendapat tiga pencalonan, takkan satu pun tak sangkut bukan?
Saya akan memastikan sekurang-kurangnya mendapat satu anugerah daripada tiga pencalonan kali ini. Kalau mendapat lebih daripada itu pun, apa salahnya (sambil ketawa)? Yang penting, saya akan berganding bahu membantu kelab peminat untuk mengundi sebanyak yang mungkin.
Wah, memang Sharnaaz Ahmad kali ini betul-betul mahu menang . Relaks, kalau ada rezeki tidak kemana.