Mahu Lunaskan Hutang Tertunggak, Ogy Ahmad Daud Berniaga Pes Kari

Hiburan

Mahu Lunaskan Hutang Tertunggak, Ogy Ahmad Daud Berniaga Pes Kari

Sejak beberapa minggu lepas, kecoh apabila barisan pelakon dan staf teater “Korupsi Dewan Semandung” mendedahkan bahawa Fauziah Ahmad Daud telah sekian lama tidak membayar mereka.

Kerana tidak mahu lagi bertangguh dalam membayar hutang tersebut, Fauziah atau pun Ogy nekad untuk memanfaatkan kemahiran memasaknya dengan berniaga pes kari.

Advertisement

pes kari ogy ahmad daud

Idea bernas ini tercetus selepas wanita ini gagal dalam percubaan pertamanya untuk mendapatkan pinjaman kewangan.

“Apabila difikirkan kembali prosedur yang perlu dipatuhi dan selepas usaha pertama saya membuat pinjaman kewangan ditolak, tercetus idea menjual pes kari.”

Bagi yang tidak mengetahui, resipi perasa tersebut dipelajari daripada Allahyarham Datuk Ahmad Daud iaitu ayah Ogy sendiri dan ia merupakan peninggalan turun-temurun keluarganya.

Bahkan usahanya itu membuahkan hasil kerana telah berjaya menjual 100 balang semasa hari pertama penjualannya.

ogy ahmad daud

Malahan, Ogy turut dihubungi ramai pihak yang tidak segan untuk menghulurkan bantuan tanpa meminta balasan wang ringgit pun daripadanya.

Tanpa mengira sebarang bayaran, pes kari tersebut telah dipromosikan oleh personaliti media sosial terkenal, Khairul Hakimin Muhammad dan juga pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi.

Manakala bagi urusan memasak pula, pelakon veteran ini dibantu oleh ibu kepada bekas pelajar kelas lakonannya. Pes kari tersebut mula dimasak seawal jam 9 pagi bagi membolehkan mereka menyiapkan hampir 300 balang sehari.

“Alhamdulillah, saya percaya, jika kita lakukan sesuatu dengan ikhlas, Allah akan permudahkan jalan dengan menghantar orang-orang seperti ini untuk membantu saya.” 

Semoga urusan Ogy Ahmad Daud dipermudahkan.

Sumber: BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...