Mahu Lelaki Berjambang Dan Seorang Berjiwa Rock, Erra Fazira Dedah Ciri-Ciri Lelaki Idaman Hati

Hiburan

Mahu Lelaki Berjambang Dan Seorang Berjiwa Rock, Erra Fazira Dedah Ciri-Ciri Lelaki Idaman Hati

Setelah tujuh tahun hidup solo, penyanyi dan pelakon Erra Fazira nampaknya telah mendedahkan apakah ciri-ciri lelaki idaman hatinya.

Erra  yang kelihatan seperti sukar untuk membuat pilihan selepas bermain sebuah permainan di aplikasi TikTok di mana dia dikehendaki untuk memilih satu di antara dua jawapan yang melibatkan beberapa perkara.

Advertisement

Dalam permainan itu, Erra turut mendedahkan sama ada dia masih solo ataupun sudah berpunya.

Yang lebih menarik perhatian adalah apabila pelakon Gerak Khas itu telah menyenaraikan ciri-ciri lelaki kesukaannya dan diantara ciri-ciri tersebut ialah lelaki berjambang, berjiwa rock, berbadan ‘sado’, tinggi dan juga cerah.

Erra dilihat telah memuat naik video pendek permainan itu menerusi platform Instagramnnya untuk tatapan peminat.

View this post on Instagram

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Namun jika diminta untuk memilih yang muda atau tua, Erra nampaknya tidak dapat membuat pilihan. Mungkin sukar untuk buat keputusan barangkali?

Berikutan ciri-ciri yang disenaraikan ibu tunggal kepada seorang anak itu, ramai peminat telah memberi jawapan kepada siapakah lelaki pilihan hati Erra yang mempunyai hampir kesemua ciri yang dinyatakannya itu di mana ramai yang mengagak bahawa lelaki itu mirip penyanyi lagenda Awie.

View this post on Instagram

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Namun begitu, Erra memaklumkan permainan itu hanyalah sekadar gurauan yang disediakan oleh pihak pengurusannya, Mind Order.

Sekadar info, Erra Fazira sebelum ini telah mendirikan rumah tangga bersama Yusry Abdul Halim dan kemudian bercerai. Dia kemudian bernikah kali kedua dengan Engku Emran sebelum bercerai sekali lagi. Hasil perkahwinan kali keduanya, Erra dan Engku telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Engku Alisya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...