Mahu Keadilan Untuk Suami Yang Dibunuh Perompak 7 Tahun Lalu – “Yang Arif, Saya Mohon Nyawa Dibalas Nyawa”

Kehidupan

Mahu Keadilan Untuk Suami Yang Dibunuh Perompak 7 Tahun Lalu – “Yang Arif, Saya Mohon Nyawa Dibalas Nyawa”

Mahukan keadilan suaminya maut dibunuh ketika rumah mereka dirompak tujuh tahun lalu, seorang wanita menuntut keadilan agar tertuduh diberikan hukuman mati.

Sabturiah Lakidau, 66, memohon begitu ketika memberikan keterangan impak mangsa secara bersumpah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Anselm Charles Fernandis.

Advertisement

Yang Arif, saya mohon sangat-sangat hukuman gantung sampai mati kekal. Nyawa dibalas nyawa.

sabturiah isteri mangsa bunuh

 

Trauma berbulan-bulan, tak dapat kerja

Sabturiah turut menceritakan akibat daripada kejadian rompak dan bunuh suaminya oleh tertuduh, Darmadi Sulaiman, 42, yang merupakan bekas polis tentera.

Katanya, dia mengalami trauma selama berbulan-bulan serta sukar untuk makan kerana lidahnya dipotong ketika kejadian rompakan terbabit.

Saya hilang pendapatan sebab tidak dapat berkerja akibat tangan kiri cacat dan kebas hingga kini. Saya dirawat di hospital selama dua minggu akibat kejadian itu, malah kini lidah saya juga masih terasa sakit.

darmawi tertuduh rompak dan bunuh

Terdahulu, Darmadi didapati bersalah terhadap kes pendakwaan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 394 KK.

Darmadi dihukum penjara 35 tahun bermula dari tarikh ditangkap dan 15 sebatan bagi kesalahan membunuh dan penjara 10 tahun dan 9 sebatan bagi tuduhan merompak dengan mendatangkan kecederaan. Hukuman penjara berjalan berasingan bagi kedua-dua pertuduhan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Darmadi didakwa membunuh Abdul Rahman Pileh, 60, bekas anggota Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja Malaysia (RAMD) Para antara 7.40 hingga 8.10 malam, 14 Julai 2017 di Taman Bukit Terendak, Sungai Udang, Melaka.

Manakala pertuduhan kedua, Darmadi didakwa merompak dan sengaja mendatangkan cedera kepada Sabturiah pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

6 suspek utama kes bunuh zulfarhan dihukum gantung
5 months ago

(TERKINI) 6 Tertuduh Utama Kes Zulfarhan Osman Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...