Pelakon Tasha Shilla,31, kini lebih selektif memilih watak kerana ingin menjaga nama baik suami dan keluarga.
Dia turut mengakui yang dirinya kini sudah berasa tidak selesa untuk membawa watak penggoda seperti yang dilakukannya ketika waktu bujang.
Menurutnya, dia ingin menjaga nama baik suami, Muhammad Atiq Idris, 33, dan juga status dirinya sebagai seorang isteri.
“Saya sendiri dah tak selesa untuk berlakon seperti waktu bujang dahulu. Meskipun suami tak letak sebarang syarat, saya sendiri tahu had dan batasan diri. Saya kena tahu batasan sebagai seorang isteri,”
Pelakon drama Tabir Zulaikha ini turut berkata banyak hal yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima apa-apa tawaran berlakon kerana ingin menjaga nama baik diri dan juga suami.
Tambahnya lagi, dia ingin merebut peluang yang ada dalam bidang lakonan sebelum dikurniakan cahaya mata.
“Mungkin selepas ada anak, saya akan memperlahankan kerjaya seni. Sementara belum ada rezeki, saya akan terus berlakon,” – Tasha Shilla
Sumber : Astro Gempak