Mahu Hidup Tenang, Sarah Yasmine Akui Sudah Mohon Maaf Kepada Ruhainies – “Saya Risau Kalau Berterusan, Akan Beri Kesan..”

Hiburan

Mahu Hidup Tenang, Sarah Yasmine Akui Sudah Mohon Maaf Kepada Ruhainies – “Saya Risau Kalau Berterusan, Akan Beri Kesan..”

Sedia maklum, sebelum ini nama wanita, Sarah Yasmine menjadi bualan hangat di platform media sosial selepas dia mendedahkan dirinya merupakan kekasih gelap selebriti, Aliff Aziz, di mana ketika itu sedang dikaitkan dengan isu tangkap khalwat bersama pelakon, Ruhainies.

Nak hidup tenang, sedar kesilapan diri

Nama menjadi bualan ramai susulan Sarah mendedahkan pelbagai mesej serta mendakwa Ruhainies bukanlah wanita baik dan memang mempunyai niat jahat terhadap bekas isteri Aliff iaitu Bella Astillah.

Advertisement

Selepas lama mendiamkan diri, pihak mStar menemubual wanita tersebut untuk bertanya khabar dan Sarah memberitahu dirinya sudah pun menyedari kesilapan yang dilakukan sebelum ini.

Sekarang ini saya cuma mahu hidup tenang dan tidak mahu lagi dikaitkan dengan kontroversi lepas sebab perkara itu sudah berlaku tahun lepas kan jadi untuk tahun ini saya mahu mulakan hidup baru.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sarah Yasmine (@sarahyasminekh)

Mohon maaf kepada Ruhainies..

Malah, Sarah turut tampil memohon maaf kepada empat selebriti yang terpalit dalam kontroversi yang dicetuskan olehnya.

Saya ada minta maaf kepada empat orang selebriti antaranya Caprice, Ruhainies, Sophia Albarakbah dan Meerqeen… saya risau kalau berterusan macam ini akan berikan kesan pada saya dan juga anak saya.

Dalam pada masa yang sama, Sarah juga sempat meluahkan rasa gembira melihat hubungan erat Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq di media sosial, malah berharap mereka mendirikan rumah tangga bersama.

sarah yasmine dan ruhanies
8 months ago

Ruhainies Hadir Ke Mahkamah Pakai 'Mask', Komen Sarah Yasmine Curi Perhatian - "Buka Je, Semua Tahu Kau Happy Kena Tangkap"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...