Mahu Fokus Pekerjaan Tetap, Shuk Sahar Akui Tak Pentingkan Populariti

Hiburan

Mahu Fokus Pekerjaan Tetap, Shuk Sahar Akui Tak Pentingkan Populariti

Mengakui namanya agak ketinggalan dari segi populariti berbanding rakan pelawak lain, namun pengacara dan pelawak Shuk Sahar bagaikan sengaja mengambil pendekatan itu kerana mahu menumpukan kepada kerjaya tetap sebagai penyampai radio di Hot FM bagi mencari rezeki dan menjamin masa depan keluarganya.

shuk sahar

Advertisement

Menurutnya, beliau kini lebih kepada mencari sumber pendapatan daripada populariti. Hal ini kerana, zaman kini seakan susah untuk mendapat pekerjaan.

“Saya pun sudah berkeluarga dan ada dua anak, asal saja saya mampu beri mereka makan dan ada rezeki untuk sara hidup, populariti itu saya letak belakang.”

Ujar Shuk, kalau dilihat kepada pelawak yang banyak memenangi pertandingan, kebanyakkan daripada mereka seakan terkesan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Mengakui namanya agak ketinggalan dari segi populariti rakan pelawak lain, namun pengacara dan  pelawak Shuk bagaikan sengaja mengambil pendekatan itu kerana mahu menumpukan kepada kerjaya tetap sebagai penyampai radio di Hot FM bagi mencari rezeki dan menjamin masa depan keluarganya. Menurutnya, beliau kini lebih kepada mencari sumber pendapatan daripada populariti. Hal ini kerana, zaman kini seakan susah untuk mendapat pekerjaan. "Saya pun sudah berkeluarga dan ada dua anak, asal saja saya mampu beri mereka makan dan ada rezeki untuk sara hidup, populariti itu saya letak belakang.” Ujar Shuk, kalau dilihat kepada pelawak yang banyak memenangi pertandingan, kebanyakkan daripada mereka seakan terkesan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. “Tiada penggambaran, duduk rumah, baru kita fikir balik jika tiba-tiba tiada kerja." Bagaimanapun, Shuk juga seakan terharu melihat rakan seperjuangannya yang bertanding dan menang dalam sesuatu pertandingan. “Misalnya Man, sekian lama tunggu, tiba-tiba dia masuk balik dan menang juara MLM yang bukan satu gelaran kecil.” Untuk rekod, Shuk pernah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga menerusi program Raja Lawak Musim ke-5 bersama kumpulan Balas. Malah lawak jenakanya itu telah meletakkan Shuk sebagai juara program Super Bintang Bersama Bintang pada tahun lalu.

“Tiada penggambaran, duduk rumah, baru kita fikir balik jika tiba-tiba tiada kerja.”

Bagaimanapun, Shuk juga seakan terharu melihat rakan seperjuangannya yang bertanding dan menang dalam sesuatu pertandingan.

“Misalnya Man, sekian lama tunggu, tiba-tiba dia masuk balik dan menang juara MLM yang bukan satu gelaran kecil.”

Untuk rekod, Shuk pernah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga menerusi program Raja Lawak Musim ke-5 bersama kumpulan Balas. Malah lawak jenakanya itu telah meletakkan Shuk sebagai juara program Super Bintang Bersama Bintang pada tahun lalu.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...