Hampir dua tahun mendengar celoteh Shuib Sepahtu dalam segmen Geng Pagi Hot, nampaknya peminat terpaksa menerima hakikat bahawa mereka tidak akan dapat mendengar lagi suara pelawak itu nanti.
Perkara menyedihkan itu diumumkan sendiri oleh Shuib semasa bersiaran bersama Geng Pagi Hot pada pagi tadi. Malah dia turut berkongsi bahawa kemunculan bersama rakan penyampai Shuk dan Fizie hanyalah hingga Jumaat ini.
View this post on Instagram
Selepas dua tahun mengendalikan segmen Geng Pagi Hot, penyampai radio Hot FM, Shuib Sepahtu akhirnya bakal meninggalkan stesen berkenaan.
“Kurang beberapa hari lagi sebab kontrak saya tamat 31 Januari 2021. Nak bagi tahu hari ini, dengan secara rasminya yang saya tidak akan ada lagi bersama Geng Pagi Hot.”
Difahamkan bahawa keputusan meninggalkan Hot FM itu dibuat kerana ingin memberikan sepenuh fokus kepada perniagaan yang diuruskannya kini.
Walaupun Shuib sendiri nampak berat hati ketika mengumumkan berita tersebut, namun para peminat meluahkan sokongan terhadap keinginannya itu.
Semoga satu hari kita dapat dengan lagi suara Shuib di corong radio.