Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu difahamkan telah menamatkan khidmatnya di Suria FM bermula hari ini, 4 Disember 2023.
Berita tersebut dimaklumkan sendiri oleh Pengurus Besar Suria FM iaitu DJ Lin yang mengatakan Shuib mahu fokus kepada bisnesnya sahaja.
Shuib ingin menumpukan sepenuhnya kepada perniagaannya yang semakin berkembang.
View this post on Instagram
Namun begitu, DJ Lin turut berharap kolabari bersama Shuib akan kekal terjalin biarpun dia tidak lagi bersama di bawah jenama Suria FM.
Bahkan, penglibatan Shuib sebagai penyampai radio Suria FM segmen Morning Morning Suria sejak tahun lalu juga dipuji apabila dia membawa elemen-elemen kreatif.
Sekadar info, Shuib Sepahtu diumumkan sebagai penyampai radio Suria FM pada 27 Ogos tahun lalu.