Mahu Elak Tarif Tinggi Dikenakan Trump, Peniaga China ‘Claim’ Barangan Mereka Jual Adalah ‘Made In Malaysia’

Berita

Mahu Elak Tarif Tinggi Dikenakan Trump, Peniaga China ‘Claim’ Barangan Mereka Jual Adalah ‘Made In Malaysia’

Untuk info ramai, ketika ini, nama Malaysia kini sedang menjadi ‘top pick’ dalam senarai strategi peniaga negara China bagi mengelakkan diri dari membayar cukai tinggi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).

Peniaga China ‘claim’ barang ‘Made in Malaysia’ demi elak cukai tinggi?

Difahamkan dari laporan Malay Mail, broker penghantaran berpangkalan di China telah dikesan menggunakan nama Malaysia sebagai pengantaraan untuk menyalur produk di AS dengan mendakwa barangan tersebut ‘Made in Malaysia’ untuk mengelak cukai tinggi sebanyak 145 peratus.

Advertisement

peniaga china dakwa barangan made in malaysia

 

Modus operandi yang dilakukan oleh pihak China ini dikatakan semakin menjadi-jadi selepas Presiden AS iaitu Donald Trump mengenakan tarif ke atas barangan di China awal bulan ini.

Ramai klien kini pilih untuk lalukan produk China melalui Malaysia dan mendakwa ia buatan Malaysia. – Bloomberg

Boleh burukkan nama Malaysia..

Hal ini dilakukan oleh negara sana kerana cukai tarif dikenakan oleh AS kepada Malaysia hanyalah sebanyak 25 peratus, di mana ia jauh lebih rendah berbanding tarif barangan China.

peniaga china dakwa barangan made in malaysia

Susulan semakin menjadi-jadi, pakar meluahkan rasa bimbang jika dibiarkan berleluasa, ia akan menjejaskan reputasi serta nama Malaysia di mata dunia.

Nama baik Malaysia yang sering mematuhi peraturan pengeksport boleh tercemar dan akan memberi kesan negatif kepada pengeksport tempatan yang sah serta bersih.

trump u turn perang dagang tarif
20 hours ago

Tak Boleh Diteruskan, Trump 'Mengaku Kalah' Perang Perdagangan Dengan China

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Malay

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...