Mahu Elak Majlis Kahwin Tertangguh, Wanita Ini Sanggup Dijangkiti Covid-19

Dunia

Mahu Elak Majlis Kahwin Tertangguh, Wanita Ini Sanggup Dijangkiti Covid-19

Tular di aplikasi TikTok, satu rakaman video menunjukkan seorang bakal pengantin wanita dari Melbourne yang cuba untuk melakukan seberapa banyak perkara yang membolehkannya dijangkiti Covid-19.

Difahamkan, wanita itu berbuat demikian supaya virus maut itu tidak mengganggu majlis perkahwinannya.

Advertisement

Menerusi rakaman video bertajuk Catch Covid not feelings itu, wanita berkenaan dilihat berhibur di sebuah kelab malam sebelum berkahwin pada Februari depan.

woman

Wanita berkenaan memeluk beberapa lelaki dan sanggup berkongsi minuman dengan orang lain di kelab malam tersebut supaya dijangkiti virus tersebut.

Dia melakukan demikian dengan harapan dia akan dijangkiti Covid-19 pada waktu itu dan bukannya pada hari menjelang perkahwinannya.

Advertisement

Video tersebut bertentangan dengan amaran pakar kesihatan yang menggesa warga Australia supaya mengelak daripada dijangkiti virus itu.

Info tambahan, hampir 100,000 kes Covid-19 sehari dilaporkan di seluruh Australia akibat varian Omicron yang semakin berleluasa.

Gaji Imam Rawatib bawah paras minimum
4 bulan lalu

"Sangat Mengarut!" - Netizen Tak Puas Hati Elaun Bulanan Kerja Imam Rawatib Tak Masuk Akal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...