Populariti mula melonjak sejak membintangi ‘Love You, Mr Arrogant’, ramai yang terkejut apabila Azlee Khairi membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan berasal daripada Brunei, Dayang Norlelawati Puteh pada tahun 2014.
Walaubagaimanapun, desas-desus rumah tangga pelakon itu sudah berantakan mula tersebar di telinga netizen selepas dia kelihatan mesra dengan pelakon gandingan Zara Zya namun perkara itu dinafikan olehnya.
Tidak mahu lagi berahsia, Azlee Khairi akhirnya mengaku bahawa dia kini bukan lagi suami orang supaya dapat mengelakkan fitnah dan salah sangka.
“Cuma saya tidak mahu mengulas lanjut persoalan bila saya berpisah dengan bekas isteri.”
Baru-baru ini juga, bertiup khabar angin yang mengatakan bahawa lelaki ini sedang rapat dengan ahli perniagaan dan pengasas produk kosmetik yang dikenali sebagai Aniss.
Tidak menepis persoalan tersebut, pelakon lelaki itu mengakui sudah setahun mengenali wanita tersebut dan mereka masih lagi dalam fasa perkenalan dan mengenal hati budi.
“Saya tidak selesa berkongsi lebih-lebih lagi hal peribadi. Tetapi tidaklah bermaksud hendak berselindung. Aniss faham cara saya. Itu membuatkan saya selesa dengannya.”
Tiada jodoh nak buat macam mana kan? Harap Azlee temui bahagia yang lain selepas ini.