September 14th, 2020

Mendedahkan kepada umum bahawa dirinya telah melakukan persiapan sebulan awal untuk program terbaharu bersama Astro Warna iaitu ‘The Masked Singer Malaysia’, pelakon hebat Nabila Huda akui dirinya seorang yang cerewet dan tidak suka untuk berfikir apatah lagi melakukan kerja di saat akhir.

Nak Cipta Stail Tersendiri, Nabila Huda Sanggup Habiskan 70 Peratus Duit Gaji

Dedah Nabila, beliau akan terlebih dahulu membuat kajian bersama kumpulan dandanannya supaya apa sahaja penampilan yang beliau inginkan mampu direalisasikan dengan sempurna.

“Baju saya custom dan dah siap dengan mood board. Jadi, semua dah rancang dan tersusun dengan baik sebab I’m very fussy (cerewet) dan benci nak kena fikir saat akhir sebab boleh jadi marah. Tapi bukan fussy sejenis yang buat orang benci tau. Fussy sejenis yang kena sempurna macam pemilihan jenis kain, style rambut, lipstik dan lain-lain.”

Katanya, untuk program itu juga, beliau khabranya memilih kelainan dengan mencabar diri untuk menggayakan busana yang berwarna terang.

Nak Cipta Stail Tersendiri, Nabila Huda Sanggup Habiskan 70 Peratus Duit Gaji

“Jadi untuk program ini saya buat keputusan untuk buat oversize suit tetapi dengan warna yang berbeza iaitu striking colours. Saya tak penah percaya dengan warna yang terang tetapi untuk kali ini tak salah untuk buat percubaan dan serius, saya jatuh cinta!”

Meskipun begitu, pelakon yang popular menerusi drama Kamar Kamariah ini mendedahkan, beliau sanggup menghabiskan 70 peratus bayaran yang diterima untuk penampilan dari kepala sampai ke hujung kaki.

Nak Cipta Stail Tersendiri, Nabila Huda Sanggup Habiskan 70 Peratus Duit Gaji

“Saya sanggup habiskan duit untuk pastikan saya selesa dengan apa yang saya mahukan. Dari baju shooting sampailah apa saja saya akan habiskan selalunya 70 peratus dari gaji. Saya tahu gila kan? Tapi itulah kebenaran mengenai saya.”

Sekadar informasi, Nabila atau lebih mesra disapa Abil ini difahamkan telah diberi penghormatan untuk menduduki kerusi juri tetap selebriti-selebriti popular lain seperti Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Remy Ishak, Ella Aminuddin, Zizan Razak, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...