Mahu Ceraikan Lepas Hidap Kanser, Isteri Terkilan Suami Lupa Jasa Jaga Waktu Sakit – “Dia Tak OK Sebab Saya Kena Buang Sebelah Payudara”

Kehidupan

Mahu Ceraikan Lepas Hidap Kanser, Isteri Terkilan Suami Lupa Jasa Jaga Waktu Sakit – “Dia Tak OK Sebab Saya Kena Buang Sebelah Payudara”

Seorang pesakit kanser payudara berusia 47 tahun berasa terkilan apabila suaminya membuat keputusan untuk menceraikannya hanya kerana dia menghidap penyakit itu.

Kata wanita bernama Noraniza Ismail itu, sejujurnya dia berasa sangat marah apabila mendapat surat dari mahkamah syariah yang memintanya hadir pada 29 Oktober akan datang.

Advertisement

Pada hari tersebut, suaminya yang berusia 49 tahun akan melafazkan cerai terhadapnya kerana menghidap penyakit kanser payudara.

Rasa terkilanlah. Sebab dia sakit saya boleh jaga. Tapi bila saya sakit, dia macam nak mengelak.

pernikahan

Noraniza dan suaminya sudah berkahwin selama 13 tahun dan mereka dikurniakan dua anak perempuan berusia 8 dan 6 tahun, dan seorang anak lelaki hasil perkahwinan pertamanya.

Kata Noraniza, pada 2021 suaminya menghidap komplikasi penyakit kencing manis dan terlantar di katil dan dialah yang menjaga lelaki itu di samping turut bekerja untuk menyara keluarga.

Tambahnya, anak perempuannya yang berusia 8 tahun itu menghidap penyakit Sindrom Down, yang sudah tentu memerlukan perhatian yang lebih.

Pada Ogos 2022, dia berasa ada ketulan di payudara kanannya. Menurut Noraniza, suaminya yang hilang pekerjaan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19, tidak banyak memberi sokongan terhadapnya dan makin lama rumah tangganya bergolak.

wanita termenung bersedih

Menurut Noraniza kini kansernya sudah merebak ke payudara kiri dan pada Mei, suaminya memaklumkan akan menceraikannya.

Dulu dia OK, selepas diagnosis. Yang dia tak OK tu sebab saya bagi tau dia saya nak buat pembedahan, saya nak kena buang sebelah payudara.

Sejak disahkan menghidap kanser, Noraniza terpaksa menjalani pembedahan, rawatan kemoterapi dan radioterapi, di samping melakukan tugasnya sebagai ibu sambil dibantu anak lelakinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kena halau suami
11 months ago

Wanita Takut Bagitau 'Family' Dah Diceraikan, Pernah Dihalau Suami Hanya Sebab Tak Bayar Bil Kedai Makan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...