July 16th, 2018

Dilanda pelbagai ujian dan derita sehingga rumah tangganya runtuh, bekas isteri kepada pemuzik Ude Wahid iaitu Intan Liana enggan terus berduka mahupun merasa fobia untuk berkahwin lagi.

Menjawab beberapa soalan daripada netizen menerusi fungsi pertanyaan di Insta Story, Intan memberitahu beliau ada keinginan untuk mencari pengganti tetapi kali ini beliau akan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Kalau boleh, Intan mahukan seorang yang mempunyai pegangan agama yang baik dan bertanggungjawab.

Kata Intan, perkahwinan adalah tuntutan dalam agama Islam, tetapi buat masa ini beliau masih belum terfikir mengenainya.

Gagal sekali dalam rumah tangga tidak bermakna seseorang itu harus putus asa. Kadang-kala Tuhan itu mempunyai perancangan yang lebih baik buat anda. Kami kagum dengan Intan yang tidak membuka aib bekas suaminya dan cuba bekerja keras untuk anak-anak. Memang luka itu ada kalanya susah untuk sembuh tetapi siapa tahu, cinta baharu nanti dapat membuatkan Intan dan anak-anak kembali bahagia?

Sumber Berita : mStar Online


17 responses to “Mahu Cari Pengganti, Intan Liana Tidak Fobia Kahwin Lagi”

  1. greenfingers says:

    Intan ni bagus, bkn jenis perempuan melalak. Dia kwn pd kwn aku, pnhla jugak tgk diorg outing n share pic sama2. Smpi skang mana ada Intan kutuk bekas laki dia. Rilek je dia, gmbr lama Ude pon ada lg. Even kwn2 Intan pon cthnya mcm kwn aku pon mana ada diorg melalak kutuk Ude. Steady je. Cuma Intan ni innocence je, mudah percaya pd org. Semoga bertemu jodoh lg baik dari Ude.

  2. aziah says:

    ok juga dgn hafiz hamidun tu … mcm sesuai .Semoga cepat cepat dpt jodoh

  3. kupu-kupu says:

    semoga bonda bahagia dunia akhirat :)

  4. Poms says:

    Gambar first tu woww letops gila Intan! Cantik kauuu

Loading...