Dilanda pelbagai ujian dan derita sehingga rumah tangganya runtuh, bekas isteri kepada pemuzik Ude Wahid iaitu Intan Liana enggan terus berduka mahupun merasa fobia untuk berkahwin lagi.
Menjawab beberapa soalan daripada netizen menerusi fungsi pertanyaan di Insta Story, Intan memberitahu beliau ada keinginan untuk mencari pengganti tetapi kali ini beliau akan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Kalau boleh, Intan mahukan seorang yang mempunyai pegangan agama yang baik dan bertanggungjawab.
Kata Intan, perkahwinan adalah tuntutan dalam agama Islam, tetapi buat masa ini beliau masih belum terfikir mengenainya.
Gagal sekali dalam rumah tangga tidak bermakna seseorang itu harus putus asa. Kadang-kala Tuhan itu mempunyai perancangan yang lebih baik buat anda. Kami kagum dengan Intan yang tidak membuka aib bekas suaminya dan cuba bekerja keras untuk anak-anak. Memang luka itu ada kalanya susah untuk sembuh tetapi siapa tahu, cinta baharu nanti dapat membuatkan Intan dan anak-anak kembali bahagia?