Baru-baru ini, tular di media sosial Twitter mengenai sebuah hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Arjuna Indera yang mencari wanita idaman untuk dijadikan pasangan hidup.
Menerusi hantaran tersebut, jejaka itu turut menyenaraikan beberapa ciri-ciri wanita yang menjadi pilihan hatinya.
Menurutnya, wanita tersebut perlu berada di dalam lingkungan usia 20 hingga 30 tahun dan memegang atau sedang memperoleh ijazah sarjana muda atau Degree.
Bukan itu sahaja, apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah salah satu kriteria wanita idamannya juga perlu memiliki sijil Malaysia Universiti English Test (MUET) di peringkat keempat.
Bagaimanapun, perkongsian jejaka itu telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai dan mengundang perdebatan sehingga menjadikan perkataan ‘MUET’ trending di laman Twitter.
Menjengah di ruangan komen, ada segelintir netizen yang mengecam dan menganggap jejaka itu berlebihan dalam pemilihan pasangan kerana hanya mengharapkan wanita yang mempunyai pendidikan tinggi.
Namun, ada juga segelintir warga net yang menyokong jejaka berkenaan kerana menganggap dia berhak untuk membuat pilihan pasangan yang ‘sekufu’ dengannya bagi mengelakkan masalah di masa hadapan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.