Usahawan sensasi, Jofliam mendedahkan dia bakal memberikan perhiasan rumah berbentuk seperti kuda yang dibelinya dengan harga RM5,500 sebelum ini kepada mana-mana individu bukan beragama Islam yang berminat.
Katanya, sebelum ini dia pernah ditanya mengapa menyimpan ‘patung berhala’ di dalam rumah namun jawab Jofliam kepada orang yang bertanya,
Ini bukan berhala, ini lampu. Sebab ada lampu dekat kepala (kuda). Mana ada kuda ada lampu dekat kepala.
Tambah Jofliam, dia tidak pernah merasakan menyimpan kuda itu satu isu apatah lagi dia masih dikurniakan rezeki melimpah ruah daripadaNya.
Namun lama kelamaan, Jofliam akui berasa tidak sedap hati melihat kuda dan mula persoal adakah menyimpan patung kuda tersebut satu tindakan yang betul.
Disebabkan itu, dia membuat keputusan untuk menghadiahkan patung kuda berkenaan yang juga berfungsi sebagai lampu kepada sesiapa yang berminat.
Saya nak hadiahkan secara percuma kepada kawan-kawan saya yang bukan beragama Islam. Sesiapa berminat boleh datang ambil di rumah. Kalau takde, saya letak luar rumah dulu lepas ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.