Mahu Bawa Hubungan Ke Arah Lebih Baik, Syafiq Kyle Minta Peminat Doakan Yang Terbaik

Hiburan

Mahu Bawa Hubungan Ke Arah Lebih Baik, Syafiq Kyle Minta Peminat Doakan Yang Terbaik

Pelakon Syafiq Kyle mengakui bahawa hubungannya bersama aktres terkenal, Mimi Lana turut mengalami fasa ‘turun naik’ semenjak dari enam tahun yang lalu.

mimi lana dan syafiq kyle
4 years ago

Hubungan Cinta Kembali Terjalin Dengan Syafiq Kyle, Mimi Lana Akui Sedia Bergelar Isteri

Advertisement

Meskipun hubungan cinta kadang kala diuji, Syafiq memaklumkan bahawa dia ingin membawa perhubungan tersebut ke peringkat yang lebih baik.

View this post on Instagram

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez)

Syafiq walau bagaimanapun tidak menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat kerana bimbang tersalah cakap atau termakan kata-katanya sendiri.

“Sebenarnya semua orang dah tahu (hubungan dengan Mimi). Saya dengan Mimi baik-baik sahaja..Insya-Allah kami menuju ke perkara yang baik dan positif juga. Apa yang saya harapkan doa daripada semua orang selain saya juga sentiasa berdoa. Saya nak cakap lebih-lebih pun tak berani, sebab takut tersalah cakap atau termakan apa yang saya cakap..”

Ujarnya lagi, dia hanya menyerahkan semua ketentuan kepada Allah S.W.T apabila melibatkan soal jodoh dan pertemuan.

Sekitar bulan Mei tahun lalu, pasangan ini dilaporkan telah mengakhiri perhubungan cinta selepas lima tahun menyulam kasih.

Namun, perkongsian Mimi di laman Instagram seolah-olah mengesahkan bahawa kasih antara mereka kembali bertaut semula.

View this post on Instagram

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez)

Perkembangan terkini, Syafiq kini tampil dengan drama terbaru berjudul Suara Hati di mana dia kali ini  bergandingan bersama pelakon Hanna Aqeela.

Drama tersebut sudah ditayangkan di Astro Prima setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Ia turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Aidil Aziz, Shah Reza dan ramai lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...