Mahu Bantu Leraikan Pergaduhan, Warga Emas 80 Tahun Maut Ditikam Dengan Gunting Oleh Anak Saudara

Kehidupan

Mahu Bantu Leraikan Pergaduhan, Warga Emas 80 Tahun Maut Ditikam Dengan Gunting Oleh Anak Saudara

Niat mahu membantu namun berakhir dengan tragedi. Seorang wanita warga emas maut ditikam anak saudaranya menggunakan gunting di kepalanya.

Kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Gelung Bubu, Pekan Darat, Kepala Batas pagi semalam dan mangsa yang berusia 80 tahun dilaporkan meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya.

Advertisement

Sebelum insiden tikam itu, mangsa dikatakan mahu membantu pergaduhan yang berlaku di antara suspek dan ibunya.

warga emas maut ditikam gunting

Namun, suspek yang tidak berpuas hati dengan ibu saudaranya kerana masuk campur secara tiba-tiba mencapai gunting di atas meja berhampiran dan menikam bahagian kiri kepala mangsa.

Suspek juga dikatakan mengamuk serta turut memecahkan cermin rumah saudaranya itu membuatkan jiran tetangga menghubungi pihak polis.

suspek tikam ibu saudara

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, suspek dipercayai mempunyai masalah mental dan cuba melarikan diri selepas kejadian namun berjaya diberkas tidak jauh dari situ.

Suspek akan direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selain itu, kami kongsi artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

5 months ago

Mahu Keadilan Untuk Suami Yang Dibunuh Perompak 7 Tahun Lalu - “Yang Arif, Saya Mohon Nyawa Dibalas Nyawa”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...