Mahu Babak Gay Dikekalkan : Disney Tidak Mahu Tayang Beauty and The Beast Di Malaysia

Hiburan

Mahu Babak Gay Dikekalkan : Disney Tidak Mahu Tayang Beauty and The Beast Di Malaysia

Enggan memotong babak gay yang menjadi kontroversi penangguhan tayangan filem Beauty and The Beast di Malaysia, pihak Walt Disney Co mengaku lebih rela untuk tidak menayangkan filem yang dinantikan ramai itu di negara ini.

Advertisement

Terdahulu, Lembaga Penapisan Filem (LPF) menerusi pengerusinya, Datuk Abdul Halim berkata, pihak mereka sudah meluluskan filem tersebut untuk ditayangkan pada 16 Mac ini, namun penundaan itu bergantung kepada pihak penerbit filem Beauty and The Beast sendiri.

Beauty and The Beast terpalit dengan kontroversi apabila pengarahnya Bill Condon dalam satu temubual majalah memberitahu bahawa watak Le Fou yang dilakonkan oleh Josh Gad adalah seorang gay.

Filem adaptasi daripada siri kartun popular ini juga telah diharamkan di beberapa pawagam di Amerika Syarikat dan Rusia telah melabelkan filem ini hanya boleh ditonton oleh mereka yang berumur 16 tahun ke atas sahaja.

Pihak GSC dan TGV Cinemas telah menangguhkan tayangan filem tersebut susulan permintaan daripada studio Disney sendiri.

Kedua-dua panggung wayang itu akan memulangkan wang penonton yang sudah membuat tempahan awal untuk menonton Beauty and The Beast yang sepatutnya dijadual untuk tayangan mulai esok.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...