Mahu Ambulans Hantar ‘Mayatnya’ Pulang Ke Kampung, Seorang Lelaki Sanggup Palsukan Kematian Sendiri

COVID-19

Mahu Ambulans Hantar ‘Mayatnya’ Pulang Ke Kampung, Seorang Lelaki Sanggup Palsukan Kematian Sendiri

‘Lockdown’ di India yang dilaksanakan sejak 25 Mac yang lepas sangat meninggalkan kesan buruk kepada rakyat miskin di sana kerana ramai daripada mereka telah hilang punca pendapatan seharian.

Sebelum ini, kita mendengar bahawa rata-rata daripada mereka sanggup berjalan kaki sejauh beratus kilometer untuk balik ke kampung halaman.

Advertisement

Baca: Keputusan Terburu-Buru Perdana Menteri Umumkan ‘Lockdown’ Cetuskan Panik Dalam Masyarakat Miskin Di India

Terkini terdapat satu lagi kejadian yang pelik telah berlaku, di mana dikatakan seorang lelaki telah memalsukan kematiannya sendiri supaya dihantar pulang ke kampung sebagai ‘mayat’.

Kejadian itu melibat tiga individu lain

Lelaki yang dipercayai memalsukan kematian ditangkap

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Jammu. Difahamkan, ambulans telah membawa seorang lelaki yang menyamar sebagai ‘mayat’ itu bersama-sama 3 lagi lelaki menuju ke kampung mereka. Bagaimanapun, rancangan itu tidak berjaya apabila pihak polis telah berjaya menangkap mereka di pos pemeriksaan di Surankote pada Selasa lalu.

Ketika ditangkap mereka sudah hampir sampai ke destinasi

Menurut sumber, pemandu ambulans tersebut memperolehi borang perintah palsu dari kolej perubatan kerajaan dan hospital di Jammu bagi membawa pulang ‘mayat’ itu. Difahamkan, pemalsuan borang tersebut berhasil atas bantuan kejururawatan yang berjaya mendapatkan sijil kematian palsu.

Mayat dipindahkan dari hospital GMC ke Baflaiz Saillan. Dalam krisis coronavirus yang sedang melanda, tiada sesiapa perlu mengganggu mereka.

Surat tersebut juga tertulis nama pemandu ambulans dan nombor kenderaan yang digunakan. Oleh yang demikian, pemandu ambulan tersebut dikatakan turut ditahan dan dikuarantinkan bersama 4 yang lain.

Bersyukurlah kita kerana berada di Malaysia dan masih cukup makan. Tidak perlu berfikir untuk membuat perkara yang pelik-pelik.

Baca: Hari Keempat ‘Lockdown’ Di India, Ribuan Penduduk Terpaksa Menunggu 8 Jam Hanya Untuk Dapatkan Makanan

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...