Mahkamah Tolak Saman Novelis Ombak Rindu

Hiburan

Mahkamah Tolak Saman Novelis Ombak Rindu

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada tanggal 18 Oktober lepas telah menolak saman yang dikemukan oleh penulis novel popular, Ombak Rindu iaitu Fauziah Ashari terhadap Grup Buku Karangkraf dan syarikat penerbitan filem Tarantella Pictures tahun lepas.

Advertisement

Sekitar bulan Februari tahun lepas, Fauziah telah mendakwa pihak Grup Karangkraf dan Tarantella Pictures tidak meminta beliau sebarang kebenaran untuk mengadaptasi novel tersebut kepada filem sedangkan beliau adalah pemilik hak cipta karya Ombak Rindu.

Fauziah juga mendakwa jalan cerita Ombak Rindu telah diubahsuai tanpa kebenaran bliau juga.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menolak saman Fauziah selaku plaintif atas alasan plaintif telah menyerahkan hak cipta karya Ombak Rindu kepada Grup Buku Karangkraf yang ketika itu dikenali sebagai Alaf 21 Sdn Bhd.

Amelia turut memerintahkan Fauziah membayar kos RM40,000 kepada Grup Buku Karangkraf dan Tarantella Pictures Sdn Bhd masing-masing selaku defendan pertama dan kedua.

Melalui perjanjian yang ditandatangani oleh Fauziah dengan Alaf 21 pada 2002, Fauziah sebenarnya telah menyerahkan hak cipta karya Ombak Rindu kepada Alaf 21.

Mahkamah juga memutuskan berdasarkan perjanjian tersebut, Alaf 21 mempunyai hak mutlak untuk mengedit, menerbitkan dan menjual karya tersebut dalam apa juga bentuk, termasuk memberikan kebenaran kepada Tarantella Pictures untuk mengadaptasikan karya Ombak Rindu kepada filem.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, pada 2002 Fauziah menandatangani perjanjian dengan Alaf 21 berkenaan karya Ombak Rindu.

Alaf 21 Sdn Bhd pada tahun yang sama menerbitkan buku Ombak Rindu sebelum memberikan kebenaran kepada Tarantella Pictures (M) Sdn Bhd untuk mengadaptasikan karya Ombak Rindu kepada filem pada tahun 2009.

Filem Ombak Rindu ditayangkan di pawagam sekitar Disember 2011 dan dibintangi pelakon hebat Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani. Filem itu  mendapat kutipan hampir RM10 juta.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...