Mahkamah Tolak Permohonan Wan Nor Azlin Halang Bapa Jual Rumah

Hiburan

Mahkamah Tolak Permohonan Wan Nor Azlin Halang Bapa Jual Rumah

Semalam, Mahkamah Tinggi Syariah semalam meluluskan bantahan awal bapa aktres terhadap permohonan harta sepencarian yang dikemukakan oleh Wan Nor Azlin bagi pihak ibunya yang telah meninggal dunia.

Menurut Hakim, Mohamed Fouzi Mokhtar dalam keputusannya, tuntutan Wan Norazlin Wan Mohd Hussin tidak munasabah dan wanita itu tiada hak di sisi undang-undang, serta mahkamah juga memerintahkan kes yang difailkan sebelum ini dibatalkan serta kos guaman ditanggung oleh Wan Norazlin.
Wan Nor Azlin, 45, diwakili peguamnya, Mahyuddin Md Zahari, sebelum ini memfailkan injunksi terhadap bapanya, Wan Mohd Husin Wan Ibrahim, 76, daripada menjual sebuah rumah di Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Advertisement

Wan Mohd Hussin berkata bersyukur dengan keputusan mahkamah:-

Saya tiada duit. Sejak jual rumah saya hidup merata-rata.

Sebelum ini, Wan Mohd Hussin memberitahu dia tinggal di rumah itu dengan isterinya sehingga wanita itu meninggal dunia pada tahun 2008, di mana dia mengajak anak perempuannya itu yang bertatus ibu tiga anak tinggal bersama.

Sepanjang tinggal di rumah tersebut Wan Nor Azlin tidak pernah membayar sebarang bil atau sewa bulanan.

Pada pertengahan 2011, Wan Mohd Hussin memberitahu anaknya dia ingin menjual rumah tersebut dan rumah perlu dikosongkan untuk memudahkan proses pindah milik.

Bagaimanapun, Wan Nor Azlin dikatakan gagal berpindah keluar dan mendakwa dia memiliki kepentingan terhadap rumah itu kerana memasang kabinet dapur dan almari pakaian.

Dakwanya, Wan Nor Azlin juga memusnahkan iklan mengenai jualan rumah tersebut dan mengganggu pembeli berpotensi yang datang untuk melihat rumah tersebut untuk menghalang sebarang proses jualan.

Selain itu, Wan Nor Azlin turut mendapatkan kaveat persendirian bagi menghalang jualan rumah, bagaimanapun kaveat itu diketepikan oleh mahkamah. Selepas itu, transaksi jualan berlaku antara Wan Mohd Hussin dengan seorang pembeli.

Bagaimanapun, wang jualan rumah tersebut disekat oleh bank kerana terdapat kaveat kedua dari Wan Nor Azlin terhadap rumah itu, menyebabkan bapanya terpaksa ‘hidup merata’ selepas itu kerana menghadapi masalah kewangan.

Ditemui selepas itu, Wan Nor Azlin berkata akan mempertimbangkan membuat rayuan dan berkata:-

Saya mahu duit saya kembali. Itu sahaja.

Kredit info Sinar Harian.


Teater Muzikal ‘Bah Tilot’ bakal menemui penonton pada 28 dan 29 September 2013 (Sabtu dan Ahad) di Auditorium D’sury, Kompleks JKKN Negeri Sembilan. Tiket hanya berharga RM 10. Untuk maklumat lanjut, hubungi Rosmawati di 012-688 5537 atau Noreddy di 017- 302 1984. Layari http://www.jkkn.gov.my

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...