Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Semakan Kehakiman Filem Mentega Terbang

Hiburan

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Semakan Kehakiman Filem Mentega Terbang

“Ini adalah keputusan mahkamah, permohonan semakan kehakiman telah ditolak.”

Demikian keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi selepas menolak permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan oleh pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang susulan larangan tayangan filem tersebut.

Advertisement

Mentega terbang

Menurut laporan Harian Metro, Hakim Datuk Amarjeet Singh membacakan keputusan itu pada prosiding yang berlangsung hari ini, yang turut dihadiri oleh Peguam Persekutuan, Mohammad Sallehuddin Md Ali, yang mewakili Kementerian Dalam Negeri serta kerajaan sebagai responden.

Bakal membuat rayuan

Sementara itu, peguam yang mewakili pengarah filem tersebut, Mohd Khairianwar Jailani, dan penerbitnya, Tan Meng Kheng, iaitu peguam N Surendran, mengesahkan bahawa mereka akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Sebelum ini, Mohd Khairianwar Jailani dan Tan Meng Kheng menyatakan bahawa keputusan yang dibuat oleh mahkamah adalah tidak rasional kerana ia melanggar hak kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Director and producer mentega terbang Sumber : Malay Mail  

Mereka juga berpendapat bahawa larangan tayangan filem itu memberi kesan negatif terhadap pendapatan mereka.

Pada awalnya, Kementerian Dalam Negeri mengharamkan tayangan dan publisiti filem tersebut melalui Warta Kerajaan P.U (A) 2662 Akta Penapisan Filem 2002 Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023 yang bertarikh 21 Ogos 2023.

Filem yang ditayangkan melalui platform penstriman video tersebut mendapat kecaman serta reaksi negatif daripada orang ramai berikutan didakwa memaparkan adegan yang bertentangan dengan fahaman dan kepercayaan agama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zahnita Wilson dakwa suami cuba play victim
40 mins ago

"Dia Letak Syarat Tarik Balik Kes Polis Jika Ingin Bercerai" - Zahnita Wilson Anggap Suami Cuba 'Play Victim'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...