Datuk Hisyam Teh Poh Teik, peguam yang mewakili Syed Saddiq, 33, selaku perayu berkata Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila gagal menimbangkan pembelaan Ahli Parlimen Muar itu.
Tambahnya, khilaf itu menyebabkan Syed Saddiq tidak mendapat keadilan selain berkata hakim bicara gagal mengambil kira bahawa pembelaan anak guamnya bukanlah sekadar penafian semata-mata.
Pemimpin itu tidak pernah mengarahkan bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali dan bekas Penolong Setiausaha Armada Ahmad Redzuan Mohamed Shafi untuk mengeluarkan RM1 juta daripada akaun rasmi Armada.
Ujarnya, bagi tuduhan pertama, Syed Saddiq memanggil saksi pembelaan ketiga, iaitu bekas Ketua Penerangan Armada, Ulya Aqamah Husamudin untuk mencabar naratif pendakwaan.
Hakim bicara gagal untuk mengambil kira kes pembelaan, dan ini menyebabkan pelanggaran terhadap Seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah.
Hak perayu untuk mendapatkan perbicaraan yang adil terjejas teruk disebabkan oleh kegagalan untuk menimbangkan pelbagai hujahan serius yang dikemukakan oleh perayu pada akhir kes pembelaan, kegagalan untuk mengambil kira pembelaan ini telah menjejaskan perayu.
Kata Hisyam lagi, pemimpin tersebut turut memberi keterangan bahawa dia tidak pernah dipanggil untuk meluluskan dana melebihi RM500,000 sepanjang lima thaun bersama Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.
Perayu (Syed Saddiq) juga mengesahkan bahawa tiada keperluan untuk menyediakan sebarang kertas kerja bagi jumlah melebihi RM500,000 untuk diluluskan oleh Exco Armada.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.