Mahkamah Tak Puas Hati Alasan Norjuma, Beri Amaran Keras & Naikkan Wang Jaminan – “Puan, Ini Amaran Terakhir”

Trending

Mahkamah Tak Puas Hati Alasan Norjuma, Beri Amaran Keras & Naikkan Wang Jaminan – “Puan, Ini Amaran Terakhir”

Bekas personaliti TV, Norjuma Habib hari ini diberi amaran oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana gagal hadir semasa prosiding sebutan kes.

Amaran dikeluarkan oleh Majistret Noor Elynna Hanim Abd Halim dan Illi Marisqa Khalizan selepas mendengar alasan kegagalan usahawan selebriti itu hadir pada prosiding, 27 Jun lalu.

Advertisement

Ketika prosiding Mahkamah Majistret Jenayah (MMJ) 4, Norjuma memberi alasan dia tiada maklumat terperinci tentang prosiding berkenaan.

Mohon maaf puan, saya pergi kaunter Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan maklumat terperinci kerana saya tidak mengetahui kamar (mahkamah) berapa, di mana dan apa yang berlaku kerana peguam tidak hadir.

mahkamah majistret KL

 

Beri amaran keras, batalkan waran tangkap

Bagaimanapun, alasan diberikan Norjuma itu tidak terima Noor Elynna yang kemudian memberikan amaran serius dan membatalkan waran tangkap ke atasnya.

Anggap ini sebagai amaran. Wang jaminan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,500.

Sementara itu, Norjuma memberikan alasan sama prosiding di MMJ 2, dan Majistret Illi Marisqa turut mengeluarkan amaran sama dan menaikkan wang jaminan kepada RM2,000 kerana tidak berpuas hati dengan penjelasannya.

Norjuma

Puan Norjuma, ini amaran terakhir perlu pastikan tarikh-tarikh selepas ini puan hadir, sekiranya tidak waran tangkap akan dikeluarkan atas puan bukan atas peguam. Dan kena pastikan tarikh dan mahkamah mana yang puan puan kena hadir.

Majistret Fatin Dayana Jalil dan Nurul Izzah Shaharuddin turut membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan kepada Norjuma atas kegagalannya hadir semasa sebutan kes, bulan lalu.

5 months ago

Sudah Datang Tetapi ‘Menghilang’, Mahkamah Keluar Waran Tangkap Ke Atas Norjuma Tak Hadir Prosiding

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...