Mahkamah Syariah Putuskan Dua Anak Hafidz Roshdi Diserahkan Kepada Nurul Shuhada – “Saya Kecewa…”

Hiburan

Mahkamah Syariah Putuskan Dua Anak Hafidz Roshdi Diserahkan Kepada Nurul Shuhada – “Saya Kecewa…”

Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memerintahkan dua anak pelakon terkenal, Hafidz Roshdi, diberikan hak penjagaan penuh (hadanah) kepada bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Dua kanak-kanak tersebut ialah anak perempuan mereka, Humairah, berusia lapan tahun dan anak lelaki, Umar, berusia lima tahun.

Advertisement

Hakim Syarie Zalinah Said membuat keputusan itu selepas meneliti permohonan yang dikemukakan Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 31, selaku plaintif dalam prosiding tersebut.

Dalam penghakimannya, Hakim menegaskan bahawa keputusan dibuat selepas mengambil kira hujahan yang dibentangkan di mahkamah.

Setelah mendengar hujahan daripada pihak plaintif, mahkamah memerintahkan Humairah dan Umar diberikan kepada defendan selaku ibu kandung (Nurul Shuhada).

Mahkamah memerintahkan plaintif diberi hak lawatan bersama dan bermalam dengan anak-anak tersebut pada cuti persekolahan mereka sepenuhnya.

Dengan keputusan ini, Nurul Shuhada secara rasmi diberikan hak penjagaan penuh terhadap kedua-dua anak mereka, manakala Hafidz masih mempunyai hak untuk melawat serta bermalam bersama anak-anak sepanjang tempoh cuti persekolahan.

Saya harapkan benda lain (hadanah penuh) dapat hak penjagaan kekal jadi saya sangat kecewa tapi saya menghormati keputusan mahkamah. Saya harap dapat jumpa anak saya dalam masa terdekat seperti ketetapan mahkamah…saya sangat-sangat rindu pada mereka. – Hafidz Roshdi

Kes berkenaan menarik perhatian umum memandangkan ia melibatkan figura popular industri hiburan tanah air. Hafidz sebelum ini pernah menjadi tumpuan media selepas krisis rumah tangga bersama Nurul Shuhada berakhir dengan penceraian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sabronzo
2025-09-29 17:41:49

Sabronzo Dolla Kongsi Foto Pernikahan Bersama DJ Dash Berlin, Segak Berbaju Melayu Rona Putih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...