Mahkamah Putuskan Aidil Zafuan Bayar RM3,000 Sebulan Kepada Rita Rudaini Sebagai Nafkan Anak-Anak

Hiburan

Mahkamah Putuskan Aidil Zafuan Bayar RM3,000 Sebulan Kepada Rita Rudaini Sebagai Nafkan Anak-Anak

Akhirnya selepas turun naik mahkamah hampir 2 tahun, pihak mahkamah telah memutuskan yang Aidil Zafuan harus membayar RM3,000 sebulan kepada Rita Rudaini untuk nafkah anak-anak hasil perkahwinan mereka.

Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling hari ini memerintahkan Aidil Zafuan Abdul Razak, membayar RM3,000 sebulan kepada bekas isterinya, pelakon, Rita Rudaini, sebagai nafkah anak- anaknya.

Advertisement

Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah membuat keputusan itu setelah meneliti tuntutan dan keterangan serta dokumen yang dikemukakan kedua dua pihak.

Mahkamah turut mengarahkan Aidil Zafuan membayar jumlah itu ke dalam akaun bank Maybank Rita Rudaini, 39, bermula Februari depan selewat- lewatnya 5 haribulan setiap bulan.

Selain itu, kedua- dua pihak plaintif dan defendan turut diperintahkan membayar kos.

rita rudaini

Dalam keputusannya, Abd Halim menolak tuntutan bayaran bagi susu, lampin pakai buang dan pengasuh.

“Keterangan plaintif (Rita Rudaini) tidak selari dengan dokumen yang dikemukakan,” katanya.

Abd Halim bagaimanapun bersetuju dengan plaintif bagi kos perubatan anak-anaknya.

“Walaupun defendan (Aidil Zafuan) dalam keterangannya memaklumkan bahawa beliau menyediakan kad perubatan dan akaun simpanan untuk anak- anak tersebut, namun ia tidak dibuktikan dengan sebarang dokumen,”katanya.

Mahkamah juga mendapati pemain bola sepak pasukan JDT itu tidak mengambil apa-apa tindakan untuk membawa plaintif dan anak- anaknya tinggal bersama di rumah yang disediakan oleh majikannya.

“Itu menunjukkan defendan reda anak-anaknya tinggal bersama plaintif di rumah kelaminnya.

“Adalah menjadi kewajaran Aidil Zafuan untuk menyediakan rumah demi keselamatan mereka,” katanya.
rita rudainiRita Rudaini menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak mereka Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4, merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh, lampin pakai buang, tempat tinggal dan percutian.

Permohonan tersebut difailkan Rita Rudaini melalui peguamnya Datuk Zaidi Mohd Zain pada 8 November 2012 di sini.

Rita Rudaini hadir bersama ahli keluarganya manakala Aidil Zafuan ditemani peguamnya, Rushdan Sujak Rafee. Sumber Sinar Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...