Mahkamah Majistret hari ini membenarkan perintah reman selama tiga hari bermula 3 Disember terhadap suami kepada bekas model dan pelakon, Zahnita Dorothy Hussein Wilson kerana menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Menurut Harian Metro, perintah reman dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.
View this post on Instagram
Suspek tiba di Kompleks Mahkamah Kuantan kira-kira jam 8.30 pagi dan selesai reman setengah jam kemudian.
Terdahulu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata Zahnita dicederakan oleh suaminya kerana ingin keluar dari rumah dan tinggal secara berasingan.