Mahkamah Perintah Pavithra Hantar Surat Rasmi Bagi Menarik Balik Pertuduhan Terhadap Suaminya

Trending

Mahkamah Perintah Pavithra Hantar Surat Rasmi Bagi Menarik Balik Pertuduhan Terhadap Suaminya

YouTuber sensasi S. Pavithra, hari ini diarahkan menghantar surat rasmi untuk menarik balik pertuduhan ke atas suaminya, M Sugu, berhubung kes pukul yang tular baru-baru ini.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Seksyen Ipoh, Hakim Norashima Khalid pada sebutan semula kes mendatangkan kecederaan yang dihadapi Sugu terhadap isterinya.

Advertisement

Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd Radzi sebelum itu memaklumkan kepada mahkamah bahawa  S. Pavithra berniat menarik balik kes berkenaan. Mahkamah kemudiannya menetapkan 8 September depan sebagai sebutan semula kes.

Pavithra diperintah hantar surat rasmi tarik tuduhan terhadap ...

Sugu didakwa mendatangkan kecederaan di bibir, pipi kiri dan lengan kanan Pavithra menggunakan telefon bimbit dan hulu sabit di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) antara jam 4 petang hingga 5 petang 21 Julai lalu.

Hakim turut menetapkan 8 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 66 sentimeter bertulis tiger di parkir HRPB di sini pada jam 6 petang hari sama.

Pavithra dilihat berada di pekarangan mahkamah bersama anak bongsunya untuk memberi sokongan terhadap sebutan kes Sugu hari ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...