Mahkamah Perintah Hafidz Roshdi Dihantar Ke Hospital Bahagia Untuk Jalani Rawatan Psikiatri

Hiburan

Mahkamah Perintah Hafidz Roshdi Dihantar Ke Hospital Bahagia Untuk Jalani Rawatan Psikiatri

Memetik Harian Metro, Mahkamah Majistret telah memerintahkan pelakon Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

Hakim, Siti Fatimah Talib selaku Majistret telah membenarkan perkara itu susulan permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini bagi tujuan pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Advertisement

Pelakon tersebut hari ini mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan mencederakan isterinya di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada 2 Mac lalu setelah pertuduhan tersebut dibacakan terhadapnya di hadapan Siti Fatimah.

Jika disabitkan kesalahan, Hafidz boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, ahli keluarga kepada isteri Hafidz, Nurul Shuhada tampil mengesahkan bahawa wanita itu telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga sehingga mengalami cacat kekal di bahagian muka.

Shuhada kemudian membuat laporan polis dan turut memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam. Kes pengesahan lafaz cerai itu dilaporkan akan disebut pada 21 Mac akan datang.

Hafidz Roshdi
2 years ago

"Ramai Pengiring, Takut Kena Baling Telur Ke?" - Hafidz Roshdi Tiba Di Mahkamah, Mengaku Tidak Bersalah Tumbuk Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...