Mahkamah Mulakan Pendengaran Rayuan Syed Saddiq, Hujahan Pendakwaan Bersambung Esok

Berita

Mahkamah Mulakan Pendengaran Rayuan Syed Saddiq, Hujahan Pendakwaan Bersambung Esok

Mahkamah Rayuan hari ini memulakan sesi pendengaran hujahan daripada pasukan pembelaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, serta denda RM10 juta atas empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin, memulakan prosiding pada jam 12.15 tengah hari.

Advertisement

Menurut Ahmad Zaidi Ibrahim, mahkamah akan terlebih dahulu mendengar hujahan daripada Syed Saddiq selaku perayu, manakala hujahan pihak pendakwaan sebagai responden akan bersambung esok.

“Hari ini kita dengar rayuan perayu terlebih dulu dan akan berhenti seketika. Esok, kita boleh sambung dengan hujahan daripada pihak pendakwaan,” kata Ahmad Zaidi.

Pada 9 November 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta terhadap Syed Saddiq selepas beliau disabitkan bersalah atas empat pertuduhan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella Astillah Terharu Satu Keluarga Buat 'Suprise' Hari Jadi, Dedah Syed Saddiq Tukang 'Plan'
4 days ago

Bella Astillah Terharu Satu Keluarga Buat 'Surprise' Hari Jadi, Dedah Syed Saddiq Tukang 'Plan'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...