Mahkamah Lepas Dan Bebas Allahyarham Bung Moktar Daripada Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Kekal Didakwa

Berita

Mahkamah Lepas Dan Bebas Allahyarham Bung Moktar Daripada Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Kekal Didakwa

Mahkamah Sesyen hari ini melepaskan dan membebaskan Allahyarham Bung Moktar Radin daripada pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM2.8 juta.

Memetik laporan Harian Metro, pihak pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat untuk meneruskan prosiding terhadap bekas Ahli Parlimen Kinabatangan itu.

Advertisement

Allahyarham Bung Moktar, yang juga bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA, sebelum ini berdepan tiga pertuduhan rasuah berkaitan kelulusan pelaburan agensi berkenaan berjumlah RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bagaimanapun, pendakwaan menolak representasi yang dikemukakan oleh balunya, Zizie Izette Abdul Samad, bagi menggugurkan tiga pertuduhan bersubahat melakukan kesalahan rasuah tersebut.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan perbicaraan terhadap Zizie Izette akan diteruskan pada 5, 6 dan 12 Mac ini.

Terdahulu, Bung Moktar, 66, yang juga bekas Ahli Undangan Negeri (ADUN) Lamag, menghembuskan nafas terakhir akibat kegagalan buah pinggang dan jangkitan kuman pada paru-paru di sebuah hospital di Kota Kinabalu pada 5 Disember lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rasuah
2026-01-15 15:05:53

(Kes Pegawai Tertinggi ATM): Jongkong Emas 3.7 Kg, Wang Tunai RM4.4 Juta Antara Yang Disita SPRM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...