Mahkamah Benarkan Farid Kamil Tangguh Hukuman Penjara 9 Bulan

Hiburan

Mahkamah Benarkan Farid Kamil Tangguh Hukuman Penjara 9 Bulan

Selepas 35 hari dipenjara sejak 15 Mei lalu atas tuduhan dadah, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil kini dibenarkan menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara selama sembilan yang dijalaninya ketika ini.

Advertisement

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ab Karim Ab Rahman dalam satu prosiding di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi.

Dalam keputusannya itu, Ab Karim memerintahkan Farid dijamin dengan RM10,000 dengan syarat dia harus menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Farid ketika ditemui pihak media di luar mahkamah meluahkan rasa syukur tidak terhingga dengan keputusan itu.

Insya-Allah, semuanya Allah permudahkan.

Terdahulu,  pada 15 Mei lalu, Farid dihukum penjara sembilan bulan dan diperintah berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas didapati bersalah menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) pada Januari tahun lalu.

Dalam prosiding itu juga, mahkamah tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman. Farid kemudiannya dibawa ke Penjara Kajang dan hukuman penjara berkenaan diperintah bermula tarikh sabitan, iaitu pada hari sama.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Video : Instagram Berita Harian

Kredit Foto : Roslin Mat Tahir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...