Kubur CEO Cradle Fund Digali Semula

Trending

Kubur CEO Cradle Fund Digali Semula

Proses penggalian semula kubur Ketua Pegawai Eksekutif, Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan, dijalankan semalam bermula sekitar jam 10.30 pagi sehingga 12.45 tengah hari di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara.

Advertisement

Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya bagi membolehkan proses bedah siasat kedua mengenal pasti punca kematiannya.

Penggalian semula kubur diteruskan selepas mahkamah menolak permohonan menangguh proses penggalian kubur oleh isteri Allahyarham, Samirah Muzaffar. Malangnya, permohonannya untuk menangguhkan proses penggalian kubur suaminya itu gagal.

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Datuk Mohtarudin Baki dan pihak polis telah menerima kebenaran untuk menjalankan bedah siasat kedua tersebut.

Allahyarham Nazrin ditemui maut di rumahnya pada Jun lalu. Sebelum ini, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mengesahkan kematiannya berpunca dari letupan telefon bimbit peribadinya.

Bagaimanapun, siasatan susulan mendedahkan wujud unsur mencurigakan yang mengakibatkan kematian Allahyarham menyebabkan abang mangsa memohon untuk melakukan bedah siasat kedua terhadap jenazah Nazrin.

Kronologi kes kematian Nazrin Hassan

14 Jun 2018

Berlaku kebakaran di rumah Allahyarham terletak di Mutiara Damansara. Mesej tular daripada ahli keluarga mangsa, kebakaran berpunca daripada letupan telefon bimbit yang sedang dicas di bilik mangsa.

15 Jun 2018

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara.

25 Jun 2018

Laporan forensik mengesahkan terdapat kesan petrol pada tubuh, katil tilam dan telefon bimbit mangsa.

6 Ogos 2018

Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan berdasarkan laporan bomba serta laporan bedah siasat.

4 September 2018

Polis telah mendapat arahan untuk reman tujuh hari isteri Nazrin dan bekas suami isterinya.

9 September 2018

Dua anak tiri Nazrin direman 7 hari bagi membantu siasatan.

23 September 2018

Polis menahan adik ipar kepada arwah Nazrin Hassan dan suaminya bagi membantu siasatan

1 Oktober 2018

Mahkamah Majistret membenarkan permohonan pihak polis untuk menggali semula kubur jenazah Nazrin.

8 Oktober

Penggalian kubur jenazah diteruskan untuk bedah siasat ke dua walaupun isteri Allahyarham memohon untuk menangguhkannya.

Cradle Fund, merupakan syarikat di bawah Kementerian Kewangan berperanan membangunkan usahawan teknologi dan ekosistem syarikat permulaan di negara ini.

Sumber: Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...