Written by AbangNara | November 21st, 2013

Hati mana yang tidak sedih apabila jawatan Presiden yang disandang selama ini tiba-tiba terbatal begitu sahaja. Namun keputusan mahkamah tidak boleh dipertikaikan. Keputusan Mahkamah Tinggi memutuskan Mesyuarat Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kali ke-14 yang diadakan pada 25 Mei tahun lalu adalah tidak sah dan terbatal menyebabkan Zed Zaidi bukan lagi presiden persatuan tersebut.

zed zaidi hilang jawatan presiden

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop turut mengarahkan Mesyuarat Agung diadakan semula dalam tempoh dua bulan dari tarikh hari ini yang akan dikendalikan oleh Pertubuhan Pendaftar (ROS).

Rosilah turut merintah agar kos perbicaraan RM 60,000 dibayar kepada Seniman dalam tempoh sebulan oleh defendan kedua hingga hingga kelapan. Kesemua defendan tersebut juga perlu membayar kos ganti rugi khas RM 56,000 kepada plaintif.

Dalam saman yang difailkan pada 25 Januari lalu, plaintif iaitu Abu Bakar, Sahlak Sudiran (S. Sahlan), Roslinda Buang (Linda Buang), Mior Ahmad Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani (Sonny Abdullah) menamakan Seniman dan bekas presidennya, Harun Salim Bachik, Omar Kamarudin @ Yusof Kelana dan Wafa A. Kadir defendan pertama hingga empat.

Zed Zaidi, Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Syean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab) turut disenaraikan sebagai defendan kelima hingga kelapan. Pihak defendan diwakili peguam Mohd. Yusni Yussof, Suhaimi Saad dan Zahrin Ishak.

Menurut pernyataan tuntutan, defendan kedua, ketiga dan keempat merupakan Presiden, Setiausaha, Bendahari Seniman bagi sesi 2009/2012 sementara defendan kelima ketika itu Pemangku Timbalan Presiden manakala defendan keenam pula, salah seorang ahli jawatankuasa persatuan. Info asal Kosmo.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

77 responses to Mahkamah Batalkan Mesyuarat Seniman, Zed Zaidi Hilang Jawatan Presiden

  1. Anak Singapura says:

    Padan muka ko ZZ. Dulu ko sibuk sangat tentang hal orang ni amik kau..
    Org sana sini ckp pasal kau hilang jawatan Presiden. Tak payah nk tunggu akhirat Tuhan da kasi balasan..ni baru sikit je tau…Cuba la sedar…
    Kau ni busuk hati, dengki hati dgn rakyat Singapura yg cari rezeki kt Malaysia. Kita orang Singapura sikit pun tkda nak kecoh tentang rakyat Malaysia yg cari rezeki di sini. Malah we welcome them. Slmt Datang ke Singapura :)

  2. pening lalat says:

    suh ustaz azhar idrus la jd presiden.. sbb x lama lg filem dia akn kuar… stiap jumaat adakan kuliah … kompem semua artis tutup aurat… hahahaha…

  3. Bunga says:

    dalam kepala aku,beberapa calon Presiden yang layak untuk mengisi kekosongan Presiden SENIMAN:
    1.Ahmad Idham
    2.Aznil Nawawi
    3.Roslan Aziz
    4.Datuk Ramli M.S
    5.Datuk Fauziah Ahmad Daud
    6.Erma Fatima

    Mereka yang paling banyak memberi sumbangan kepada industri perfileman/hiburan negara.

  4. im not mr arrogant says:

    kesian pulak aku tgk zed zaidi. byk jgk aku tgk dia buat kerja sbg seorang presiden. cuma aku tak berapa setuju yg part dia pertikaikan kemenangan aaron aziz tu sebab dia singaporean. for zed, apa yg berlaku ada hikmahnya. cuba muhasabah diri bro.

  5. mimah says:

    Abis la… tak dapat la retis2 gelapkan cermin kete dorg… huhu…

  6. minah jambu merah biru says:

    idop umno ! idop pak najib ! im 4u im 4u 1malaysia lov u pak najib !

  7. peminat ZED ZAIDI says:

    MINAT LAK DRAMA SEMBILU KASIH…….ohhhhhh abg zaidi hahahah.drama tahun 2003 tue beb….

  8. 24jam selfie tok ti ituuuuu
    LAGI LINGKUUUP LAH SENIMANNNN

  9. mungkin jaafar onn adalah pilihan yg tepat utk dijadikan presiden…

  10. lagubestbest says:

    Bagi yana samsudin jela jadi presiden seniman. Kakyong kalo dah mengamuk, dia langgar semua. :P

  11. Hasliza Azlan says:

    Kan best kalo Rosyam Noor ganti tempat Zek Zaidi.

  12. budu busuk best says:

    Bagi jep sepahtu atau rahim jd pesiden…huhu

  13. Aida says:

    Ni..lah hasil..kalau banyak sangat orang yang gila kuasa…Apa pun..pemilehan baru..pastikan Zahid menang lagi…Kita boleh banyak lihat org gila Jawantan..tapi..tak tau nak berkhidmat…Dia ni..ada tokoh menjadi pemimpin yang tegas untuk berjuang..walaupun terpaksa mengorbankan diri..dan menjadi kebencian orng…Ingatlah..apa yang kita pikul didunia ini..adalah di pertanggongjawabkan di Akhirat..!..Semua Ahli hendaklah buka minda jika nak pileh pemimpin..tu yang penting.

  14. roti bakar hangus says:

    abang nara dah kena hentam hanis dalam blog..tu yg tutup page citer pasal hanis aritu..hahaha..kepadanan muka mu nara…alaa..pilih jer seniwati mariani ganti abg jed jaidi ni…

  15. peacenowar says:

    Confirm david teo sekarang ni gelak hentak2 kaki tgk berita ni…..ini bkn janji tapi pasti…..:)

  16. Dinda says:

    Nak cermin tinted untuk retis dulu kan? Kau pasang langsir je la kat tingkap kereta tu dek non!

  17. hulk hogan says:

    ada pembaharuan positif yg dibuat zed zaidi, tapi AGM yg tidak menepati syarat adalah memalukan semata2 utk kekalkan kuasa presiden dan sebagainya. harapnya selepas ini yg memegang tampuk pentadbiran seniman kena ada pendidikan supaya seniman nampak lebih cerdik dari sebelumnya. artis2 tua yg tak tahu apa cuma tahu menyanyi/berlakon tu, hentikan lah niat anda nak memegang kuasa kerana anda semua akan merosakkan seniman.

  18. macam N Sem jer says:

    Presiden Seniman biarlah seorang yang ada ciri-ciri dan intelektualisme
    Idealisme dan aktivisme

  19. Dealova says:

    Elok sgtla la tu… kalo ada pun cam tak guna je… cam PILIH KASIH je…

  20. lolipop says:

    Fahrin Ahmad ok gak

  21. Abby Adabi says:

    semua ni haram bertaubat lah manusia sekelian

  22. Mina says:

    Padan muka kau glia kuasa sgt at last hilang jawatan

  23. Anonymous says:

    Ikjj

  24. wanji says:

    Ada sebab kenapa orang cabar dia di mahkamah. Dah terbukti dia bersalah kan. Kalau tak, tak kan hakim buat keputusan macam tu. Dah la seleweng RM56,000 beli hartanah konon. Ini lah padahnya bila berkuasa. Setakat lantang bersuara apa yang artis-artis dapat? Saja la tu nak cari publisiti, buat-buat la ketengahkan isu macam-macam. Dia ni pun berlakon pun sendu. Tiba-tiba2 je dapat jadi Presiden. Walhal ramai lagi yang berkaliber. Yang pasti, sejak jadi Presiden, makin tembam Zed Zaidi yee. Senang hati ke bang? Lepas ni kurus balik la yee. Sama-sama kita nantikan drama terbaru beliau setelah tiada jawatan.

  25. […] Mahkamah Batalkan Mesyuarat Seniman, Zed Zaidi Hilang Jawatan Presiden (76) […]