Mahathir dan Anwar Ketepikan Perbezaan, Sepakat Bawa Pakatan Harapan Untuk Kembali Berkuasa

Trending

Mahathir dan Anwar Ketepikan Perbezaan, Sepakat Bawa Pakatan Harapan Untuk Kembali Berkuasa

Dua tokoh politik Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersepakat mengenepikan perbezaan dan sengketa antara mereka bagi mengembalikan kuasa Pakatan Harapan (PH).

Dalam satu kenyataan bersama, mereka tegas menolak pentadbiran Perikatan Nasional (PN) yang menurut mereka kini berkuasa bukanlah daripada mandat rakyat.

Advertisement

“Kami telah mengenepikan perbezaan, pertikaian dan ketidaksetujuan untuk rakyat. Kami telah tua dan tiada banyak masa yang tinggal.”

Mereka menegaskan tidak sanggup untuk menggadaikan moral dan etika untuk menyokong kerajaan PN yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tun Mahathir, 94 tahun, dan Datuk Seri Anwar, 72 tahun, berkata telah banyak usaha pembentukan semula dan reformasi dalam pentadbiran yang telah mereka perkenalkan semasa PH berkuasa selama 22 bulan. Kerajaan PH berakhir pada penghujung Februari lalu setelah berlaku peralihan kuasa yang mengejutkan rakyat.

sumber : The Star

“Namun semangat juang kami masih membara bersama jiwa para belia yang mengimpikan reformasi. Telah tiba masa untuk kami kembali bangkit dan mengembalikan mandat rakyat kepada pemilik sebenar.”

Kedua mereka turut menyatakan ketika pemerintahan PH, mereka sentiasa memastikan demokrasi terpelihara dan digunakan. Salah satu buktinya ialah kebebasan bersuara yang sebelum ini tidak pernah dimiliki akyat.

“Jika rakyat bersuara, wakil rakyat perlu mendengar serta mengambil tindakan dan tiada siapa pun dihalang bersuara dengan menggunakan alasan tindakan undang-undang”.

Semalam genap dua tahun peristiwan di mana PH berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Umno dalam pilihan raya umum pada 9 Mei 2018.

sumber : RoketKini

Kedua tokoh pemimpin politik ini mengingatkan bahawa tarikh 9 Mei perlu diingati sebagai tarikh keramat mengangkat suara dan harapan rakyat demi masa hadapan serta melawan ketidakadilan dalam negara Malaysia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...